Shahidan akan didakwa mencabul

Shahidan akan didakwa mencabul

Shahidan akan didakwa mencabul

KANGAR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) diminta hadir di Mahkamah Sesyen Kangar pada Isnin ini bagi menghadapi pertuduhan bersabit kes mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini.

Mengikut laporan Bernama, peguam bela yang mewakili Shahidan, Zuhair Ahmad Zakuan berkata, dengan keputusan tersebut bermakna waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas menteri itu semalam tidak ditarik balik.

“Kami membuat permohonan kepada Ketua Pendakwa Raya Perlis, Mohd. Nordin Ismail yang mengendalikan kes itu tetapi beliau menolaknya. Ini bermakna Shahidan perlu hadir untuk mendengar pertuduhan terhadapnya Isnin ini,” kata Zuhair di luar Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Post a Comment

0 Comments