PAGI ni nak keluar rumah aku terserempak dengan jiran aku seorang lelaki berbangsa India. Ya kami ada anak yang sebaya jadi hubungan kami agak mesra. Isteri dia juga selalu menyapa "Hannah," setiap kali terserempak.
Cuma pagi ini suasana sedikit lain. Agak janggal aku nampak dia diam ketika keluar rumah jadi aku menyapanya dengan soalan-soalan biasa.
"Dave, dah lambat ni jalan jem nanti. Hati-hati driving tu," sapa aku cuba memecah keheningan pagi.
Dia tersenyum kelat. Dari raut wajah dia aku nampak aku tak nak berfikir maka terus memakai selipar. Tiba-tiba Dave menghampiri aku.
"Bang saya tak ada terlibat dengan rusuhan di kuil belakang tu. Saya pun tak setuju dia orang buat macam tu. Sampai ada Anggota Bomba Melayu yang cedera," ujar Dave berdiri di belakang aku tanpa seurat senyuman di wajahnya.
Adib dan tunang
Sejujurnya aku terkejut. sebab aku tak pernah terfikir untuk libatkan isu itu dengan semua kaum India yang aku kenali.
"Eh bro, come on. Aku faham kita kawan kan?" Kata aku lantas memeluk Dave.
Kuat juga dia balas perlukan aku. Ada juga kami saling bantu membantu. Hannah memandang situasi itu dengan wajah keliru. kemudian isterinya keluar rumah dengan anaknya yang sebaya Hannah, dan Hannah lantas salam isteri Dave dan bergurau senda.
"Bro, kita kawan kan? Aku sangat hormati keluarga kau. Isu kuil tu aku tak nak benda tu jejaskan hubungan kita sebagai kawan dan jiran."
"Anak aku kena membesar anak aku kena belajar menghormati kepelbagaian kaum. Dia akan sambung hubungan yang baik ini dengan semua orang."
"Tak kira bangsa dan agama aku bukan patriotik sangat Dave, tapi aku yakin dalam hati setiap orang kebaikan lebih banyak daripada kejahatan,"
"Yang merosakkan benda ni segelintir kecil pentaksub-pentaksub yang gagal memahami kepelbagaian kaum ini, dan puncanya ialah media yang jadi batu api dan ada individu yang inginkan keuntungan."
"Kau dan aku kita tak ada apa-apa, kita kawan kan?" ujar aku memeluk dan menepuk belakangnya lagi.
Kali ini aku nampak air mata isteri Dave bertakung. Aku cuma hairan kenapa dia rasa benda ini serius sangat.
"Masa anak saya demam dan sawan hari tu, abang tanpa rasa pelik datang masuk dan bantu saya. Saya dah takut, Itulah pertama kali orang Melayu Islam masuk rumah saya."
"Saya betul-betul rasa berbesar hati bila saya baca berita saya jadi risau abang akan fikir saya ada di kuil itu dan buat hal di situ tapi saya tak pergi pun bang, saya tak lalu pun di situ," ujar Dave lagi.
"Aku minta maaf sebab buat kau rasa janggal. Tapi serius aku okey. Isu ni bukan isu Hindu dan Islam. Bukan isu India dan Melayu."
"Ini isu pentaksub dan media yang mencanang soal agama dan perkauman agar jadi panas. Dan pentaksub sahaja yang jadi ganas kita kawan Dave," ujar aku lagi.
Aku tak sangka rupanya kes kuil itu beri impak juga pada sebahagian orang. Tak jauh pun kuil tu berdekatan dengan rumah aku.
Malam pertama kejadian tu memang kawan aku kena tahan sewaktu lalu situ jam 3.00 pagi. Ada orang India tahan bukan nak pukul, tapi dia orang bagitahu ada Melayu masuk kuil jam 3 pagi ramai-ramai.
Aku pelik hanya dengan beberapa jumlah ringgit Malaysia Melayu tu sanggup timbulkan ketegangan macam tu.
Kau tahu tak? Kesan itu beri impak kepada ramai orang dalam masyarakat? Dan setiap orang tu ada anak dan zuriat sampai bila isu ni nak selesai?
Selepas media berjaya buat propaganda ICERD, sekarang isu kuil pula? Bukan polis lambat bertindak tapi Ahli parlimen yang lembab bertindak.
"Kamu dengan kepercayaan agama kamu dan aku dengan kepercayaan agama aku," (Surah Al-Kafirun)
Dan agama Islam mengajarkan ukhuwah untuk dijaga bukan dipecah-belahkan jadi hari ini aku kena peluk lebih ramai orang India untuk bagitahu dia orang kita kawan.
*** Tulisan ini diceduk dari tulisan asal Intan Huzaifah Haniff di Facebook beliau.
0 Comments