Rakaman lembaga seram rupanya hanya iklan bidai

loading...
Loading...
Rakaman lembaga seram rupanya hanya iklan bidai

Satu video menunjukkan kanak-kanak dalam bilik berlari dalam kejutan selepas terjumpa lembaga di luar tingkap bilik menjadi viral selepas netizen pada awalnya percaya ia rakaman pendedahan mistik.

Rakaman yang dibuat dari satu sudut dipercayai menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) kemudiannya menunjukkan 2 lelaki, seorang berpakaian seperti pengamal perubatan yang cuba melakukan sesuatu, mungkin upacara menghalau gangguan makhluk halus atau penampakkan lembaga.

Pun begitu, mereka juga dilihat lari bertempiaran selepas terserempak dengan lembaga wanita berambut terurai dari luar tingkap yang sama.

“Video ini saya ambil setelah sering kali diganggu oleh penampakan. Apa yang akan anda saksikan pasti akan membuka mata anda apa yang berlaku seterusnya,” tulis kapsyen dalam video yang dikongsi di laman Facebook Voral Media Johor.

Bagaimanapun, ternyata tanggapan netizen meleset apabila pada babak terakhir video itu didapati ia bukan mendedahkan aktiviti mistik sebaliknya hanya gimik yang dilakukan oleh sebuah syarikat jualan produk bidai di Bangi, Selangor.

Syarikat Bidai Bestseller menerusi laman Facebook pemiliknya, Mohammad Suhainy mengakui ia kali kedua video tersebut dimuat naik.

“Sebenarnya ni kali ke-2 kami published video viral tu. Percubaan pertama telah gagal selepas video tersebut hilang dari radar fb sementelaah mencapai 300k views pada hari ke3,” tulisnya.

Apapun, kreativiti mereka menggunakan konsep tersebut memang sepatutnya dipuji kerana ia bukan sahaja menarik tetapi melucukan.

Di akhir video, menunjukkan beberapa lelaki memasang bidai dengan mengalihkan langsir sebagai pilihan tepat untuk privasi, elak sebarang penampakkan dan gangguan bunyi.

Ramai memberi komen positif terhadap video berdurasi 2 minit lebih itu kerana ideanya yang segar selain segelintir yang tampil mengecam.Ramai memberi komen positif terhadap video berdurasi 2 minit lebih itu kerana ideanya yang segar selain segelintir yang tampil mengecam.

Post a Comment

0 Comments