Pengembara masa dari tahun 2030 dakwa jumpa dirinya tahun 2070, mereka berbual bersama

Pengembara masa dari tahun 2030 dakwa jumpa dirinya tahun 2070, mereka berbual bersama

Pengembara masa dari tahun 2030 dakwa jumpa dirinya tahun 2070, mereka berbual bersama

DUA lelaki mendakwa mereka adalah pengembara masa yang sama dari tahun 2030 dan 2070 dan dua versi itu baru sahaja bersemuka.

Pelik bukan? Namun itulah yang berlaku antara dua lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai Noah Novak.

Berkongsi identiti sama, Novak yang mendakwa berasal dari tahun 2030 percaya lelaki yang duduk di sebelahnya (juga dikenali sebagai Novak) adalah versi dirinya dari tahun 2070.

Malah, dia juga percaya mereka adalah individu sama dari tahun berlainan kerana beberapa padanan informasi yang diberikan.

Novak dari tahun 2030 berkata, lelaki dari tahun 2070 itu menunjukkan banyak informasi peribadi yang pernah dilakukannya dan ia merupakan peristiwa yang berlaku sejak dia kembali ke tahun 2017.

"Dia boleh beritahu semua yang saya buat, hanya orang yang memerhatikan sepanjang kehidupan saya boleh tahu semua itu," katanya.

Jelasnya lagi, sukar untuk seseorang individu mengetahui semua maklumat peribadi itu menyebabkan dia percaya lelaki itu adalah dirinya dari tahun berlainan.

Selain itu, dua lelaki itu turut membuat ramalan masa depan.

Ujar mereka, Donald Trump akan dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 2020.

Antara ramalan lain, bitcoin (matawang digital) akan mengambil alih matawang dunia dan kehidupan di planet juga bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Malah, mereka turut meramalkan tiada lagi kereta di jalan raya dengan wujudnya kenderaan terbang pada masa akan datang.


Post a Comment

0 Comments