Misteri Ikan Duyung Hebridean Di Jumpai Di Pantai Scotland

loading...
Loading...
Misteri Ikan Duyung Hebridean Di Jumpai  Di Pantai Scotland


Sekitar tahun 1830 di Pulau Bencecula, Scotland, penduduk yang sedang sibuk memotong rumpai laut ketika seorang wanita tiba-tiba mendengar bunyi percikan air berdekatan.


Matanya menangkap seekor ikan duyung bersaiz kecil sedang berenang, bertubuh manusia dan berekor seperti ikan salmon namun tidak bersisik.

Dia cepat-cepat memanggil orang ramai untuk membantu duyung itu, sebaliknya penduduk telah membaling batu ke arah ikan duyung tersebut.

Salah satunya terkena bahagian belakang duyung itu menyebabkan ikan duyung tersebut meraung kesakitan sebelum menghilang ke dalam lautan.

Beberapa hari kemudian, duyung itu ditemui dipesisiran pantai berdekatan kawasan mereka dalam keadaan tidak lagi bernyawa.

Tubuhnya kecil, lebih kurang kanak-kanak berusia empat tahun.

Syerif kawasan tersebut memutuskan untuk mengebumikan mayat duyung itu mengikut cara Kristian.

Semoga memberi manfaat.

Post a Comment

0 Comments