Marsha Jaga Ibu Mertuanya Solat Depan Pintu Kaabah Buat Ramai Yang Tersentuh

Marsha Jaga Ibu Mertuanya Solat Depan Pintu Kaabah Buat Ramai Yang Tersentuh

Marsha Jaga Ibu Mertuanya Solat Depan Pintu Kaabah Buat Ramai Yang Tersentuh

Hujung tahun ini memang ramai artis dan selebriti yang menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah dan Madinah. Antara yang mengerjakan umrah adalah Fauziah Ghous, Shuib Sepahtu, Siti Sarah, Mark Adam, Datin Shahida, Datuk Seri Vida dan ramai lagi.
Yang terbaru, penyanyi Marsha Milan Londoh atau lebih dikenali dengan panggilan Marsha turut bersama-sama suami tercinta dan keluarga mertua menunaikan ibadah umrah.
Ramai yang sedia maklum, Marsha adalah salah seorang saudara baru atau mualaf. Ini merupakan kali kedua beliau menjejakkan kaki ke tanah suci. Marsha menunaikan ibadah umrah buat kalau pertama setahun yang lepas iaitu pada bulan November tahun lalu.
Menerusi akaun instagram, Marsha berkongsi beberapa gambar dan video semua berada di sana.
”Terima kasih Ya Allah.. Marsha doakan buat semua agar mendapat peluang dan jemputan dari Allah untuk datang ke sini satu hari nanti, insyaAllah Amin Ya Rabbal Alamin.  #umrah.. “
”Alhamdulillah selesai umrah #makkah #umrah.. “
”Ziarah Makkah with mama.. “
”Hari hari makan nasi mandi sampai bulat muka Marsha #makkah top and bottom by : @darijiwa tudung by : @funsthefamous.. “
                    
”Ada rupa mcm princess Jasmine tak bini Aladdin? lagi satu kalau pandai cuba teka Marsha senyum nampak gigi ke tak nampak gigi? #makkah.. “
Apa yang menarik perhatian ramai apabila Marsha ‘repost’ satu video yang dimuatnaik oleh seseorang yang menggunakan nama @misztqah (ahli keluarga Marsha) di Instagram.
Menerusi video ini, Marsha sedang berdiri di hadapan pintu Kaabah sambil menghalang orang ramai daripada melangggari ibu mertuanya yang sedang solat.
Menurut Masha, dia sempat mengucup Hajarul Aswad sehinggakan tercabut stokin sebelah kakinya akibat berebut-rebut dengan jemaah lain.
Video ini menarik perhatian ramai dan membuatkan ramai yang sebak dan terharu.
Baca perkongsian Marsha dan tonton video penuh di bawah :
                        
” Perasan tak stocking Marsha sebelah lain sebelah lain.. agak agak sebab apa? “” Sebab Marsha baru keluar dari kucup Hajarul Aswad sampai tercabut stocking lagi sebelah tu nasib baik pakai stocking dua lapis.. “” Tapi Alhamdulillah diberi peluang kucup Hajarul Aswad dan solat di Hijir Ismail. Syukur Ya Allah.. “” #Repost @misztqah Alhamdulillah syukur seronok tengok Marsha jaga mama dia solat depan pintu Kaabah. @marshamilan.. “
Rata-rata peminat sebak menonton video ini dan mendoakan Marsha mendapat umrah yang mabrur. Antara komen-komen peminat :
”Tahniah marsha… muslim yg baik, menantu yg baik… Allah pasti jaga kamu.. “
”Sebakkk.. sbb dah lalui pengalaman yg sama.. syukur alhamdulillah @marshamilan.. hanya Allah je yg tahu saat ni rasanya mcmana.. “
”Alhamdullilah Marsha dan fmly… bkn senang nak dpt solat di tempat yg mustajab doa2 yg kita pohon… doa kan akak Marsha.. moga dijmputkan kami lg menjd Tetamu Nya… “
”Masyaallah ya Allah beruntungnya kak marsha dapat sampai ke sana dapat cium Hajarul Aswad. Semoga akak sekeluarga mendapat umrah yg mabrur. Doakan kami semua dapat jejakkan kaki ke sana satu hari nanti menjadi tetamu Allah. Aaminn.. “
”Allahu!! Menagis jgk aku. @marshamilan seronoknya.. berebut2 utk doanya di terima. Doakn kita dpt pegi ye. Doakn kita dipermudahkan semuanya kt malaysia.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan Marsha dan keluarga mendapat umrah yang mabrur. Semoga semua urusan di tanah suci dipermudahkan Allah. InshaAllah.
Sama-sama kita doakan semoga Marsha istiqamah menjaga aurat selepas kembali daripada umrah. Dipertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Semoga suatu hari nanti kita juga turut dijemput menjadi tetamu Allah. Aminnn..
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Post a Comment

0 Comments