Etta Ng Chok Lam, Puteri Jackie Chan yang Tak Diakui Kerana Kahwin Lesbian
HONG KONG: Anak perempuan aktor Jackie Chan, Etta Ng Chok Lam, 19 hari ini mengesahkan sudah berkahwin dengan kekasihnya, selebriti internet warga Kanada, Andi Autumn.
Ng memuat naik gambar perkahwinannya bersama pasangan yang masing-masing mengenakan gaun pengantin putih di Instagram sambil memegang sijil perkahwinan bertarikh 8 November 2018.
Pada gambar itu juga tertera tulisan Ng “disatukan oleh undang-undang dan cinta, di hari perkahwinan kami”.
Ramai pengguna internet turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu di Instagram termasuk di Weibo.
Ng adalah anak perempuan Jackie Chan dengan pelakon dan bekas ratu cantik Elaine Ng Yi Lei, yang mendedahkan kehamilannya hasil hubungan sulit dengan Chan pada 1999. Pasangan itu tidak berkahwin.
Ng dan Autumn mula intim pada 2017 dan berpindah ke Kanada pada Oktober tahun yang sama. Hubungan itu bagaimanapun tidak mendapat restu ibu bapa mereka.
Pada April lalu, Ng dan kekasihnya pernah meminta bantuan orang ramai di YouTube sehingga tular. Dalam video itu, Ng dan Autumn berkongsi kesusahan hidup mereka hingga mungkin akan kehilangan tempat tinggal selain menyalahkan kedua ibu bapanya. Dakwaan Ng itu dikecam ibunya Elaine Ng.
“Bagi saya, jika mereka tiada wang, mereka perlu bekerja. Mereka tidak sepatutnya membuat klip video untuk memberitahu orang ramai mengenai kesusahan mereka dan siapa ayah Etta. Manusia di seluruh dunia bekerja keras dan tidak bergantung kepada kemasyhuran orang lain untuk mendapatkan wang,” kata Elaine Ng seperti yang petik oleh laman web Coconuts.
0 Comments