Dengar Suara Hantu Masa Buat IG Live

Dengar Suara Hantu Masa Buat IG Live

Dengar Suara Hantu Masa Buat IG Live

Baru-baru ni, seorang pelajar IPTA ada upload video IG Live dia dan terus jadi viral disebabkan kedengaran suara misteri. Firdaus Razak, 23, pelajar jurusan psikologi tu muat naik video dia nyanyi lagu Ragaman daripada Faizal Tahir dekat dalam bilik pada awal pagi Ahad.
Menurut mStar, Firdaus sendiri tak sedar yang ada suara misteri sehinggalah dia tengok semula rakaman IG Live. Bila dia tonton semula dan dengar dengan teliti barulah dia dengar suara misteri tu yang berkata,
Tidur la…..main apa lagi….”


Lebih seram, masa tu kolej kediaman dia diami kosong sebab semua pelajar dah balik kampungsempena cuti mid sem.
“Saya pula lewat balik sebab kehabisan tiket, jadi malam tu saya buat live IG sambil nyanyi dan main gitar.
“Selepas video tu tamat, saya tengok balik dan baru perasan ada suara misteri. Saya keluar dari bilik dan tengok memang tak ada orang, semua bilik dah gelap.”
Lepas tweet tu jadi viral, ramai yang mempertikai sama ada video itu sahih atau sebaliknya. Malah, kata Firdaus dia demam disebabkan kecaman yang diterima.
“Saya sampai demam sebab orang kecam. Orang cakap saya tipu sebab sebelum ni ada video yang hampir sama. Saya tak tahu pun pasal video viral sebelum ini.
“Ada juga yang cakap saya buat gimik, mereka tidak berada di tempat saya dan tak alami benda tu.”
Disebabkan kena kecam, Firdaus ada muat naik video rakaman menunjukkan kolej kediaman dia yang tidak berpenghuni.


Tapi, Firdaus ada cakap yang dia hormati semua pendapat orang yang tweet pasal video dan turut akui yang dia tak edit pun rakaman tu.


Sumber: Twitter

Apa pendapat korang? Tapi memang jelas la dengar suara misteri tu….

Post a Comment

0 Comments