Siapa tidak kenal Che Ta yang lantang bersuara apabila ada yang tidak kena pada pendapatnya dan baru-baru ini, pelakon wanita ini dilihat memuatnaik gambar busana yang digayakan oleh Hetty Sarlene. Dakwanya, rekaan busana tersebut adalah hasil ciplak.
Cerita mudahnya, rekaan busana tersebut sedikit sebanyak dilihat sama seperti rekaan baju yang yang dikeluarkan oleh Rizman Ruzaini pada Julai lalu. Menambah rencah lagi, rekaan busana tersebut didakwa oleh individu melalui nama Seeri Fiffy adalah diinspirasikan daripada burung merak – sekaligus membuatkan Che Ta bengang.
“Kemegahan ya? Kemegahan dalam meniru!!!,” kongsi Che Ta di laman Insta Stories. Bagaimanapun kesudahan kisah ini tidaklah diketahui.
Sebelum ini Che Ta memang berani bersuara menentang apa yang tidak kena pada matanya. Masihkah anda ingat lagi Che Ta pernah menegur pengkritik fesyen, siap tag lagi di Instagram gara-gara pengkritik tersebut mempersendakan golongan berbadan besar.
(rtky/s)
0 Comments