Bateri lithium ion punca MH370 terbakar. Penemuan terbaru ini mengejutkan semua

Bateri lithium ion punca MH370 terbakar. Penemuan terbaru ini mengejutkan semua

Bateri lithium ion punca MH370 terbakar. Penemuan terbaru ini mengejutkan semua

NEW YORK: Juruterbang yang mengendalikan MH370 dipercayai ‘maut serta merta’ selepas pesawat itu terbakar.
Teori terbaharu itu dikeluarkan oleh juruterbang bersara, Kapten Ross Aimer yang percaya bateri lithium ion dalam kargo pesawat MAS itu telah mencetuskan kebakaran tersebut.
Bekas juruterbang United Airlines itu juga percaya kebakaran merebak dengan cepat dan menyebabkan juruterbang terbunuh dalam masa singkat.
Aimer yang mempunyai pengalaman terbang selama 40 tahun memberitahu Daily Star Online, kebakaran seperti itu dengan pantas telah merebak ke kawasan kokpit dan bekalan oksigen mereka.
Pesawat tersebut dikemudi Kapten Zaharie Ahmad Shah.
“Jika benar situasi itu berlaku, juruterbang mungkin terbunuh dalam tempoh singkat. Berdasarkan teori saya, pesawat itu mungkin terbang untuk tempoh yang lama hingga kehabisan minyak sebelum terhempas.
“Ia bukan api yang perlahan. Tetapi, kebakaran yang merebak dengan cepat walaupun tidak berlaku letupan,” ujarnya.
Beliau turut menyokong teori itu dengan maklumat yang mendakwa MH370 membawa 221 kilogram bateri lithium ion dalam kargo.
Teori itu juga timbul selepas Aimer mengesyaki kebakaran mungkin berpunca disebabkan bateri dan juga sejumlah 4,566 kilogram buah manggis yang turut dibawa pesawat tersebut.
Imej Google Maps menunjukkan sebuah pesawat besar di dalam sebuah hutan di Phnom Penh.
Pada Oktober lalu, penerbit video warga Britian, Ian Wilson mendakwa kokpit dan ekor pesawat MH370 berada di sebuah hutan di Phnom Penh selepas menghabiskan masa selama beberapa jam melakukan carian secara dalam talian.
Gambar daripada Google Maps itu bagaimanapun mencetuskan tanda tanya tentang kesahihannya kerana mempunyai tarikh yang berbeza.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, hilang dari radar pada 8 Mac 2014 dan isyarat terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi. – The Sun

Update MH370: Media antarabangsa dedah mesej ‘seram’ Kapten Zaharie kepada model kembar ini

RANTAIAN mesej di media sosial daripada juruterbang penerbangan MH370 yang hilang secara tidak langsung mendedahkan personalitinya sebagai seorang lelaki yang ‘obses’ dengan profil sepasang model kembar.
Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah juruterbang dalam pesawat yang membawa 238 penumpang dan anak kapal yang hilang pada Mac 2014.
Namun pendedahan menerusi media sosial itu hanya dilaporkan Daily Mail pada Ahad, sekali gus memberikan gambaran tentang dakwaan status mental yang ‘merosakkan dirinya’ seperti yang pernah dinyatakan oleh seorang ahli psikologi terhadap juruterbang itu.
Dalam tempoh 12 bulan sebelum pesawat Boeing 777 hilang, Zaharie dilaporkan telah ‘meninjau’ halaman Facebook pasangan model kembar Malaysia itu dan meninggalkan komen bersifat seksual.
Lan Qi Hui dan Qi Min Lan, 26, di mana usia mereka 27 tahun lebih muda berbanding Zaharie.
Sepanjang 2013, kapten berusia 53 tahun itu dilaporkan telah meninggalkan 97 komen berasingan di Facebook untuk Qi Min Lan.
Sebilangan besar mesejnya bagaimanapun diabaikan.
Zaharie meminta pasangan kembar itu datang ke Kuala Lumpur, lokasi di mana dia tinggal bersama isterinya.
“Bila di KL,” dia menulis satu lagi komen.
“Bagaimana dengan KL?,” tetapi tidak mendapat balasan.
Dalam satu lagi posting, di mana Qi Min Lan menyiarkan gambar dirinya memakai baju mandi, dia menulis: “Baru mandi?”
Zaharie digambarkan sebagai seorang lelaki yang baik dan riang oleh rakan-rakannya, tetapi media sosialnya menunjukkan sisi lain juruterbang itu, lapor Daily Telegraph.
Paparan skrin laporan mengenai Zaharie di Daily Telegraph.
Di samping mesej kepada gadis-gadis, Zaharie sering mengkritik kerajaan Malaysia yang kebetulan memiliki syarikat penerbangan tempat dia bekerja.
Di laman Facebooknya sendiri, Zaharie pernah melabel perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘moron’.
ARTIKEL BERKAITAN: Kapten Pesawat MH370 Seorang ‘Aktivis Politik’, Lapor The Mail
Pada April 2013, menjelang pilihan raya Malaysia, Zaharie membuat 119 kali posting, kesemuanya mencerminkan kebenciannya terhadap kerajaan Najib.
Bulan berikutnya, selepas parti Najib diberi mandat lima tahun lagi, Zaharie menulis: “Perasaan memberontak sentiasa ada dalam diri kita. Biarkan ia keluar!”
Pakar penerbangan yang juga ketua pengarang airlineratings.com Geoffrey Thomas berkata, adalah sesuatu yang membimbangkan apabila seorang juruterbang kanan membuat komen politik.
“Sepatutnya ia menjadi penggera yang serius bagi syarikat penerbangan itu apabila anda mempunyai seseorang yang terbang dan terang-terangan anti-kerajaan,” kata Thomas.
“Sekiranya seorang juruterbang Qantas melakukan sesuatu seperti itu dia akan beri penjelasan dan digantung.”
Sehingga kini, bangkai penerbangan MH370 masih tidak ditemui, menyebabkan banyak teori konspirasi muncul.
Salah satu teori popular timbul hanya beberapa minggu selepas pesawat hilang, yang mana Zaharie dikatakan merancang dan melaksanakan pembunuhan beramai-ramai kerana masalah peribadi.
Bagaimanapun dakwaan itu ditepis oleh keluarga dan anak-anaknya.
Komunikasi terakhir dari pesawat itu adalah daripada Zaharie yang mengucapkan ‘Good night, Malaysian370’ ketika pesawat meninggalkan ruang udara Malaysia.
Turut dilaporkan Zaharie menggunakan simulator penerbangan di rumahnya untuk merancang laluan ke pulau terpencil.
Bagaimanapun, pegawai penyiasat di Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa polis Malaysia dan pakar teknikal FBI tidak menemui sebarang petunjuk untuk mencadangkan bahawa dia merancang untuk merampas penerbangan itu selepas memeriksa simulator penerbangannya.
Peminat penerbangan Australia, Michael Gilbert percaya pesawat malang itu terbakar semasa penerbangan, memaksa juruterbang untuk merancang lencongan jauh dari kawasan yang ramai penduduk.
sumber: mstar
VIDEO:



Post a Comment

0 Comments