Wei Gegarvaganza !!,,,bagi Tok Ram dengar ni ... Peminat kongsi video, bukti kemampuan alunan suara Zamani

SELEPAS Zamani gagal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dalam konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) malam tadi, video penyanyi itu dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik mula tular.

Video tersebut dikongsikan peminat-peminat penyanyi kumpulan Slam itu di laman media sosial dan YouTube bagi membuktikan Zamani mampu menyanyikan lagu tersebut.

Akibat kegagalan menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada GV5 malam tadi, Zamani diumumkan tersingkir.

Bagaimanapun, penaja rancangan tersebut, Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan imunitinya untuk menyelamatkan penyanyi tersebut yang menurut juri tetap GV5, Datuk Ramli MS, mengalami sakit tekak. 

YouTube Sylvester L

Post a Comment

0 Comments