Rosmah Mansor ditahan SPRM atas dakwaan penggubahan wang haram.
Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainudin Maidin mendakwa orang ramai tidak simpati pada isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
“Apa yang berlaku pada Najib dan Rosmah ikut perumpamaan Sunda, tarik lidi ke hujung.
“Artinya susah sesudah senang, dari tidur di istana ke lokap. Orang tak simpati pada Rosmah…,” tulisnya di Twitter
Beliau membuat kenyataan tersebut ketika Rosmah didakwa secara rasmi terlibat dalam pengubahan wang haram dan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Zainudin, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, juga berkata orang ramai bersikap demikian kerana Rosmah dianggap punca utama kejatuhan Najib dan mungkin Umno.
0 Comments