Patutla Peminat Bising,Tauke Jambu Muatnaik Video Anak Melekap Di Dada Isteri

loading...
Loading...
Patutla Peminat Bising,Tauke Jambu Muatnaik Video Anak Melekap Di Dada Isteri



PELAWAK Tauke Jambu bersyukur apabila isterinya, Nadia selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital Serdang pada 8.28 malam, Jumaat.
Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41, berkongsi berita gembira itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan menerusi laman Instagram miliknya.
"Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT... Isteri @nadiayaya6 selamat melahirkan anak perempuan.
"Di Hospital Serdang tepat 8.28 malam... Terima kasih kepada yang mendoakan," tulis Tauke.


Netizen meminta Tauke untuk memadam video bayinya baring di dada isterinya.
Tauke turut memuat naik video wajah bayi sulungnya yang dipeluk isterinya sebaik sahaja selepas proses bersalin.
Sehingga kini, video tersebut sudah lebih 263,000 tontonan dan menerima hampir 1500 komen daripada pengikutnya.
Rata-rata mereka mengucapkan tahniah namun ada juga segelintir netizen meminta Tauke untuk memadam video tersebut yang dilihat menampakkan aurat isterinya.
"Alhamdulillah... Tahniah... Rasanya boleh segera padam video ni. Ibu dan anak sedang bersentuhan. Aurat dan aib isteri kena lindung," tulis @aien_zubaidah_maslihan.


Tauke dan isterinya dikurniakan bayi perempuan.
"Tahniah tapi patutnya suami ni tutup aurat isteri. Tapi ni lagi ditayang aduhai," kata pemilik akaun bernama @esnacktreats.
Bagaimanapun, ada juga pengikut di laman sosial beranggapan Tauke memuat naik video tersebut sekadar ingin berkongsi kesyukuran.
"Dia muat naik bukan untuk tengok bahagian itu. Abang tu muat naik nak kongsikan detik kesyukuran dia," komen @shaiful_mizan.
Tauke dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi, 29, dalam sebuah majlis yang diadakan De' Laman Event Space pada 9 Disember tahun lalu.
                        


Post a Comment

0 Comments