Misteri Anita Sarawak:Bercerai Tidak, Kanser Pun Tidak

Misteri Anita Sarawak:Bercerai Tidak, Kanser Pun Tidak

Misteri Anita Sarawak:Bercerai Tidak, Kanser Pun Tidak

PELAKON, Noorkumalasari atau nama sebenarnya Noor Kumalasari Mohamed Taib, 62, menafikan beberapa laporan yang mengatakan kakaknya, Anita Sarawak, menghidap penyakit kanser dan bercerai.
“Semua khabar angin mengenai Anita yang dikatakan sakit, rambutnya gugur, bercerai dan macam-macam lagi adalah tidak benar,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut pemenang Anugerah Khas Sepanjang Hayat di acara Anugerah Bintang Popular BH 31 (ABPBH31), Anita berhubung dengan kakaknya, namun tidak pernah menghubunginya atas beberapa sebab.
“Dia tidak menghubungi saya kerana dia tahu, kalau orang ramai tahu, mereka akan mencari saya. Jadi, dia banyak menghubungi kakak saya.
“Kakak sendiri bercakap dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah sekaligus mengesahkan bahawa mereka masih lagi suami isteri,” katanya.
Tambahnya, Anita bersama suaminya kini menjalankan perniagaan jual beli hartanah.
“Mereka masih menetap di Amerika Syarikat, tapi bukan di daerah Las Vegas lagi. Dia dan suaminya menjalankan perniagaan berkaitan hartanah dan jual beli rumah.
“Daripada apa yang diberitahu oleh kakak saya, mereka sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.
Noor juga berkata, kakaknya yang popular dengan lagu Tragedi Buah Epal itu juga mahukan kehidupan normal seperti orang lain.
“Mungkin di sini, mereka tidak dapat privasi kerana ke mana saja, mesti akan mendapat perhatian orang ramai. Itu adalah lumrah sebagai artis.
“Jadi, mungkin kehidupannya di sana lebih mudah dan rasanya, dia sendiri pun sudah puas dengan zaman kegemilangannya,” katanya.
Beberapa bulan lalu, timbul beberapa cerita mengatakan Anita bersama Mahathir menetap di Amerika Syarikat, Perancis dan dikatakan menetap di Singapura.
Anita Sarawak ‘menghilangkan diri’ daripada industri seni tanah air sejak 2011 sehingga kini.

UCAPAN NOORKUMALASARI DI ABPBH : Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Post a Comment

0 Comments