Budak menangis mati disumbat cili

Budak menangis mati disumbat cili

Budak menangis mati disumbat cili

SEREMBAN – Seorang pengasuh yang memasukkan cili ke dalam mulut seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun enam bulan sehingga menyebabkan mangsa mati pada Jun lalu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Datuk Abu Bakar Jais menjatuhkan hukuman tersebut selepas Asmarani Ghazali, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tertuduh yang mempunyai tiga anak didakwa menganiaya Muhammad Afif Kamarol Azli dengan cara memasukkan sebiji cili hijau ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mati dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan TTJ 3/1B, Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut di sini antara pukul 9.30 pagi hingga pukul 10 pagi, 13 Jun lalu.
Pertuduhan pilihan terhadap wanita itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Seksyen 31 (5) (b) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Post a Comment

0 Comments