Shahrukh Khan Maut Tersepit Lift

loading...
Loading...

Shahrukh Khan Maut Tersepit Lift
sekadar hiasan

Seorang remaja yang bekerja sebagai penghantar ayam maut selepas tersepit lif di tingkat tiga sebuah restoran terkenal di George Town, Pulau Pinang pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala apabila tubuhnya tersangkut di lif barang di restoran berkenaan.

Mayat Mohammad Shahrukh Khan dibawa keluar oleh pihak Bomba Mohammad Shahrukh Khan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala apabila tubuhnya tersangkut di lif barang di restoran berkenaan. - Foto PDRM/JBPMdan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.


Seorang pegawai polis cuba mengalihkan mayat mangsa. - Foto PDRM/JBPM

Sementara itu, ahli keluarga memberitahu, mangsa telah bekerja sebagai penghantar ayam sejak setahun lalu dan sering menghantar bekalan ayam segar ke restoran berkenaan.

Difahamkan, mangsa ada menghubungi ibunya kira-kira jam 6 pagi tadi namun panggilannya tidak berjawab.

Mohammad Shahrukh Khan merupakan anak pertama daripada enam adik-beradik. Dia sepatutnya menyambut hari ulang tahun kelahirannya esok dan berhasrat untuk mengambil cuti untuk membawa ibu dan bapanya bercuti.

Mohammad Shahrukh Khan sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya esok. - Foto PDRM/JBPM

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Post a Comment

0 Comments