Penerbit Johara dicabar, terima 3 rakaman suara seram 'Fatimah' minta dihubungi

Penerbit Johara dicabar, terima 3 rakaman suara seram 'Fatimah' minta dihubungi

Penerbit Johara dicabar, terima 3 rakaman suara seram 'Fatimah' minta dihubungi

KECOH di laman sosial berkaitan panggilan misteri seorang wanita bersuara garau seperti dirasuk pada program Johara Pagi Era yang bersiaran di Era Fm pada Rabu lalu yang didakwa menyeramkan.

Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Fatimah itu menghubungi penyampai program tersebut iaitu Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray yang sedang membincangkan topik filem seram.

Bagaimanapun, perkara tersebut menjadi perhatian netizen yang ingin tahu siapa sebenarnya disebalik suara tersebut, malah ada yang beranggapan ia hanya satu lagi gimik yang dibuat stesen radio berkenaan.


Penerbit program, Azah Sahrin yang dihubungi menafikan perkara berkenaan adalah sebuah gimik yang dirancang pihaknya.

Katanya, pemanggil bernama Fatimah itu menghantar rakaman suara sebanyak tiga kali dan mencabar penyampai program itu menghubunginya.

"Pada Rabu lalu topik kami tentang filem seram sempena Hantu Kak Limah dan Munafik 3 serta bertanya kepada pendengar filem seram macam mana mereka nak buat.

"Saya dapat tiga rakaman suara seram itu meminta penyampai hubungi dia jika berani. 

Kemudian pihak Johara cuba hubungi dia dan sememangnya dia bercakap dengan karater itu sepanjang masa sehingga talian diputuskan," ujarnya kepada mStar Online.

Azah berkata, dia tidak sangka perkara itu menjadi tular dan hangat diperkatakan di media sosial pada Khamis sehingga mereka memanggil wanita berkenaan pada Jumaat untuk ditemubual.

Katanya, wanita yang nama sebenarnya Naida itu sengaja dalam karakter itu bagi mengusik ketiga-tiga penyampai berkenaan.

"Pihak kami pun tidak mengenali dia sehingga perkara ini tular barulah kami panggil dia untuk berisaran pada hari ini (Jumaat).

"Ramai yang tertanya-tanya tentang Fatimah sehingga Zizan Razak pun mesej bertanya tentang wanita ini. Saya cuba hubungi dia semalam dan Alhamdulillah dia setuju untuk datang ke konti," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments