Pakai Baju Renang, Fasha Sandha Tak Malu Tunjuk Bentuk Badan

loading...
Loading...
Gayakan Baju Renang, Fasha Sandha Dikecam Tidak Malu Tunjuk Bentuk Badan:




Sejak kebelakangan ini, ramai juga yang perasan dan menegur penampilan aktres Fasha Sandha semakin seksi dan agak ‘daring’.



                                


Terbaru, foto Fasha memakai baju renang mengundang kecaman netizen yang menganggap ia terlalu ketat serta menampakkan bentuk badannya terutama sekali pada bahagian yang tidak sepatutnya. Pakaian mencolok mata serta dikatakan menimbulkan keghairahan orang ramai  itu sangat tidak sesuai dengan imej beliau sebagai seorang ibu yang sudah beranak dua.





Rata-rata netizen merindui penampilan Fasha yang dahulunya lebih sopan serta anggun. Kata mereka, Fasha sudah mempunyai nama yang kukuh di dalam industri hiburan, tidak perlulah mencari publisiti murahan.




Meskipun menerima kecaman dan ada juga komen lucah pada foto tersebut, Fasha bagaimanapun nampaknya tidak mahu ambil pusing dengan perkara itu.

Sumber Berita : Astro Gempak 

Netizen Tegur Imej Fasha Sandha Semakin Seksi

Bukan mudah untuk bergelar artis popular, setiap kelakuan dan penampilan mereka pasti akan menjadi tumpuan orang ramai. Pendek kata, ada sahaja pihak yang akan mencari kesalahan dan mempertikaikan setiap apa yang dilakukan oleh seseorang artis.



                          


Baru-baru ini pelakon Fasha Sandha dikecam teruk oleh netizen yang kurang senang  melihat beliau memuat naik foto dirinya berpakaian seksi di Instagram.



                                         


Rata-rata netizen memberikan teguran berkaitan penampilannya itu yang dikatakan sudah semakin seksi  berbanding sebelum ini dan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang ibu. Menurut netizen, mereka hanya ingin Fasha memberikan contoh terbaik buat orang ramai.



Ada kalanya netizen ini cepat menghukum dan mengecam orang lain, namun tidak ada salahnya juga jika Fasha dapat menerima sesetengah teguran dengan hati yang terbuka dan mengambilnya sebagai satu perkara yang positif. Apa pendapat anda?

Kredit: Beautifulnara

Post a Comment

0 Comments