Keadaan hotel yang terbiar di Tunisia susulan serangan pengganas di negara itu. Foto Caters News Agency
HOTEL-hotel di Tunisia dahulunya pernah menjadi destinasi pelancongan terkenal tetapi kini terbiar selepas serangan pengganas pada 2015.
Sektor pelancongan di Tunisia merundum selepas beberapa siri serangan pengganas pada 2015, yang mengorbankan 71 orang dalam tiga insiden berasingan.
Kejadian terburuk berlaku pada Jun tahun yang sama, apabila 38 pelancong warga asing, termasuk 30 warga Britain terbunuh dalam serangan di Pelabuhan El Kantaoui dekat Sousse.
Satu rakaman yang menyeramkan menunjukkan hotel-hotel di Djerba, yang turut terkesan dengan kejatuhan sektor pelancongan di negara itu.
Masih berdiri megah, lobi putih dan dewan makan masih dipenuhi kerusi, meja serta sofa untuk tetamu.
Lampu candelier digantung pada siling, dan kemudahan dari bar sehingga meja urut dan bilik spa tetap utuh meskipun diselaputi debu dan habuk.
Keadaan kolam renang yang terbiar yang dahulunya menjadi tempat isitirehat pelancong. Foto Caters News Agency
Luarannya begitu menarik dengan rekaan Moor begitu mengagumkan tetapi ditinggalkan begitu sahaja.
Ia termasuk kolam renang yang kelihatan diselaputi cecair hijau di dasarnya, jakuzi dan kemudahan air lain.
Tunisa pertama kali mengisytiharkan darurat tiga tahun lalu.
Nasihat daripada Kerajaan United Kingdom sambil menyenaraikan lapan aktiviti ekstemis, menyebut: "Pengganas begitu cuba untuk melakukan serangan di Tunisia."
Pengembara Bob Thissen dari Heerlen, Belanda, melawat tapak berkenaan selepas negara itu diisytiharkan sebagai zon larangan, dan di mana beberapa hotel ditutup seawal 2008.
Antara kawasan dalaman di sebuah hotel yang terbiar. Foto Caters News Agency
Bob berkata: "Adalah gila berjalan-jalan bersendirian di pusat-pusat peranginan besar di mana ribuan pelancong pernah ke sini menghabiskan percutian mereka.
"Ia seperti 'syurga' yang hilang. Kolam renang mengandungi air hijau yang kotor, separuh dipenuhi dengan pasir dan tumbuh-tumbuhan, atau hanya garam yang tersisa dalam kolam air masin.
"Laluan yang bersih kini dipenuhi pasir dan ditutupi dengan daun palma yang reput.
"Bahagian luar tidak terurus, bar begitu kosong, dan taman permainan sunyi-sepi.
"Ia seperti 'syurga' yang hilang. Kolam renang mengandungi air hijau yang kotor, separuh dipenuhi dengan pasir dan tumbuh-tumbuhan, atau hanya garam yang tersisa dalam kolam air masin.
"Laluan yang bersih kini dipenuhi pasir dan ditutupi dengan daun palma yang reput.
"Bahagian luar tidak terurus, bar begitu kosong, dan taman permainan sunyi-sepi.
"Semua resort adalah sangat berbeza, dari keadaan yang cukup sempurna hingga terbiar," katanya.
"Tidak percaya resort sebesar ini terbiar kosong. Kebanyakan resort mempunyai beberapa kolam renang di dalam dan luar bangunan.
"Satu perbezaan yang ketara melihat hotel-hotel ini terbengkalai sedangkan ia berdekatan dengan keindahan pantai dengan air laut kebiruan. - Mirror Online UK
0 Comments