Tewas Kerana Ketidakadilan,Pesilat Negara Menangis Di Bahu Syed Saddiq

Tewas Kerana Ketidakadilan,Pesilat Negara Menangis Di Bahu Syed Saddiq

Tewas Kerana Ketidakadilan,Pesilat Negara Menangis Di Bahu Syed Saddiq


Mohd Al Jufferi yang merupakan juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) disahkan tewas kepada pesilat Indonesia, Komang Harik Adi Putra setelah menarik diri berbaki dua saat sebelum aksi tamat.
Tindakan itu dibuat Al Jufferi selepas mendakwa aksi final yang disaksikan ribuan penyokong tuan rumah telah dicemari keputusan berat sebelah oleh juri yang mengadili perlawanan akhir tersebut.
“Perlawanan itu saya yang menang. Ketidakadilan itu jelas berlaku dan saya tidak menyalahkan sesiapa meskipun pesilat (Komang) tetapi ia adalah masalah berpunca daripada juri.
“Ia adalah perlawanan yang tidak adil sebab itu saya keluar dari gelanggang. Sebagai Olahragawan negara, saya kecewa dan tidak boleh menerima keputusan tersebut. Saya menghormati semua pihak tetapi saya tidak boleh nak hormat juri tersebut,” katanya ketika ditemui media Malaysia selepas upacara penyampaian pingat di sini, Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya sukan pencak silat ini terus dicemari dengan ‘permainan' kotor ia mungkin akan menutup peluang sukan itu untuk terus dipertandingkan pada edisi akan datang.
“Saya tahu China (tuan rumah Sukan Asia 2022) berminat untuk menyenaraikan sukan ini pada edisi akan datang dan tindakan (tidak adil) ini mungkin akan memberi kesan negatif. Saya menarik diri juga kerana ini mahu mereka (China) melihat sendiri bagaimana sukan pencak silat ini dimainkan,” tambahnya.
Pada aksi final itu, Al Jufferi bermula dengan perlahan apabila ketinggalan 1-4 pada pusingan pertama, namun berjaya bangkit mendahului 3-2 di penghujung pusingan kedua.
Bagaimanapun, keputusan itu berubah dalam keadaan penuh kontroversi apabila setiap pukulan dan tendangan Al Jufferi tidak dikira beberapa juri sebaliknya markah diberikan kepada pesilat tuan rumah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan bertindak keluar daripada gelanggang.-Bernama

Menyayat hati Syed Saddiq tenangkan pesilat negara: "Jangan sesekali minta maaf, saya tidak akan terima"


PETALING JAYA: Pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari ditenangkan Menteri Belia dan Sukan selepas kecewa dengan aksi akhir dalam Kelas E (65kg-70kg) pada Sukan Asia, Isnin.

Pesilat harapan emas negara ini terpaksa akur merangkul pingat perak selepas tewas kepada pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, 1-4.


Menerusi klip video satu minit yang dimuat naik di Twitter Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunjukkan Al Jufferi menangis sambil meminta maaf kepadanya.

Syed Saddiq kelihatan cuba memujuk Al Jufferi dan memeluk juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu.

"Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi.
"Jangan sesekali minta maaf. Never. Saya tidak akan terima.

"Saya berdiri teguh bersama anda, perwira kita. InsyaAllah, Allah akan hadiahkan anda dengan pelbagai jalan, brother," tulis Syed Saddiq.

Post a Comment

0 Comments