"Saya makan ais yang jatuh atas tangan, Ini rasanya..."

"Saya makan ais yang jatuh atas tangan, Ini rasanya..."

"Saya makan ais yang jatuh atas tangan, Ini rasanya..."

PETALING JAYA: Seorang isteri menyangka suaminya berjenaka membaling batu ke arahnya ketika dia ingin memasukkan bagasi pakaian ke dalam kereta, namun terkejut apabila menyedari bahawa sebenarnya hujan batu melanda Kuching, Sarawak pada petang Ahad.

Seorang saksi, Norolla Abdul Rani yang menetap di Stutong, Kuching berkata, ketika kejadian dia ingin keluar untuk menghantar suaminya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.


Norolla.

"Saya tengok siapa yang buang batu ke arah saya, dua kali pula tu.

"Saya panggil suami dan tanya kenapa dia baling batu. Rupanya tiada pun, kemudian saya lihat ais berketul-ketul dan besar sudah penuh di atas kereta," katanya kepada mStar Online, Ahad.

Tambah usahawan berusia 48 tahun ini, biarpun bimbang dengan kejadian hujan batu itu, dia tetap memandu kereta untuk menghantar suaminya yang dijadualkan berlepas pada pukul 6.30 petang.

Kata Norolla, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.45 petang itu, dia terpaksa memberhentikan keretanya di bahu jalan apabila melihat terdapat banyak kereta berbuat demikian memandangkan jarak penglihatan yang terhad.

"Semasa perjalanan ke lapangan terbang, saya lihat semua kereta berhenti, memang tak dapat tengok apa-apa dan bunyi batu yang jatuh di atas kereta sangat kuat.
"Hujan tu orang kata boleh memecahkan cermin kereta. Jadi, kami berhenti," jelasnya.



Ketulan hujan batu yang memenuhi ruang laman di luar kediaman Norolla di Stutong, Kuching.

Tambah wanita itu, selepas kejadian tersebut reda kira-kira 15 minit kemudian dan sebaik tiba di kediamannya semula, Norolla terus makan ais tersebut kerana ingin tahu tentang rasanya.

"Ini kali pertama saya tengok hujan batu ini berlaku. Saya panik dan takut sebenarnya sebab guruh sangat kuat dan kilat sabung-menyabung.

"Selepas itu, saya makan ais yang jatuh di atas tangan. Rasanya lain dengan ais buatan manusia kerana apabila dimasukkan dalam mulut, ia terus cair," kata Norolla sambil berharap ais tersebut tidak membahayakan kesihatan dirinya.

Post a Comment

0 Comments