Ibu Allahyarham Nizen Ayob Tampil Dedahkan Kisah Sebenar

Ibu Allahyarham Nizen Ayob Tampil Dedahkan Kisah Sebenar

Ibu Allahyarham Nizen Ayob Tampil Dedahkan Kisah Sebenar

Pemergian pelakon drama Gerak Khas iaitu Saiful Nizen Ayob sudah diketahui umum.

Pelakon ini pergi buat selamanya ekoran masalah ginjal atau buah pinggangyang dihidapinya.

Apabila sudah tiada lagi, ramai rakan artis yang menyatakan rasa sedih termasuk pelakon Gerak Khas Salina Saibi.

Salina Saibi juga ada memuatnaik semula foto yang mana arwah Nizen Ayob ada berkata bahawa ada perkara penting sepatutnya berlaku pada tarikh 11 Ogos nanti.




Dari penulisan Nizen, iaiu seperti memberi hint bahawa dia akan bernikah.

Ini tulis Nizen (pada bulan Mac yang lalu)

"Jika hidup ini penuh dengan keajaiban yang kita tidak pernah sangka... sekali lagi aku percaya jodoh itu penghairannya juga Allah yg tentukan.. 11.8 tarikh yg sangat bermakna... dan 11.08.18.. akan aku akhiri dengan ijab dan qabul." 

IBU JAWAB KISAH SEBENAR TARIKH 11 OGOS


Menjawab persoalan orang ramai, adakah Nizen sepatutnya berkahwin pada tarikh itu, akhirnya ibu kepada Nizen Ayob tampil menceritakan hal sebenar.

Ibu kepada Nizen iaitu Kamisah, mengesahkan bahawa anaknya tidak ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Katanya lagi, tarikh itu sebenarnya merupakan tarikh lahir Nizen Ayob.

"Tarikh 11 Ogos bukan tarikh arwah bernikah, sebaliknya ia adalah hari ulang tahunnya ke-34"

Arwah Nizen tak ada untuk merancang bernikah tetapi ibu nya akui arwah memang mempunyai teman wanita.



SIKAP ARWAH SEBELUM PERGI BUAT SELAMANYA


Puan Kamisah kemudian bercerita tentang sikap arwah yang tidak dapat dilupakan.

Dikatakan arwah Nizen Ayob tak putus-putus memohon kemaafan dengan ibu dan ayahnya, Mohd Ayob Abdul Samad ketika sakit dalam tempoh 10 hari sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Malah arwah Nizen turut memasang hajat untuk membawa kedua ibu bapanya untuk mengerjakan umrah namun hasratnya itu terbantut.

"Arwah juga ada merancang untuk membawa saya dan suami mengerjakan ibadah umrah selepas menyatakan dia bermimpi berada di hadapan Kaabah bersama beberapa orang yang tidak dikenalinya.

"Namun saya hanya memujuknya untuk pergi ke sana apabila sudah sembuh sepenuhnya dan tidak sangka ia tanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga"



ARWAH NIZEN AYOB SEMAKIN LEMAH


Kamisah berkata lagi, Nizen Ayob merupakan seorang anak bongsu yang amat manja dengan kedua-dua ibu bapanya.

Ketika sakit, arwah hanya patuh dengan nasihat abang serta kakaknya dalam membuat apa sahaja keputusan terutama untuk merawat sakitnya itu.

"Sebenarnya dia mula demam sejak awal Ramadan lalu namun kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Pekan Layang-Layang dan Kuala Lumpur. Bagaimanapun keadaan sama berulang ketika umat Islam menyambut kedatangan Syawal.

"Melihat keadaannya yang semakin lemah, kakaknya menyarankan untuk mendapatkan rawatan di HSA sebelum ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir,"



Kamisah sebagai ahli keluarga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan anaknya.

Semoga roh arwah Nizen Ayob dicucuri rahmat. Insya-allah

Post a Comment

0 Comments