Dua Minggu Tak Lihat Wajah,Abe Rindu Bini Nombor 3

Dua Minggu Tak Lihat Wajah,Abe Rindu Bini Nombor 3

Dua Minggu Tak Lihat Wajah,Abe Rindu Bini Nombor 3

“SUDAH hampir dua minggu saya tidak melihat wajahnya dan hanya gambar perkahwinan kami menjadi pengubat rindu saya kepada isteri ketiga saya itu," kata peraih getah yang berkahwin dengan budak warga Thailand berusia 11 tahun, Jun lalu.

Menurut peraih getah berusia 41 tahun itu, perasaan rindu kepada isteri mudanya, melanda dirinya selepas isterinya itu pulang ke Thailand baru-baru ini.

Katanya, perasaan itu jadi bertambah mendalam hari ini ketika semua orang menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Walaupun saya dapat berbual dengannya melalui telefon minggu lalu tapi perasaan rindu terhadapnya tetap ada dan saya hanya berupaya menatap gambar perkahwinan kami yang ada dalam simpanan saya," katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Peraih getah itu berkata, dalam perbualan mereka, isterinya memaklumkan kepadanya dia beliau sihat dan gembira berada di sana.

"Isteri saya meminta saya supaya tidak bimbang tentang keselamatan dia kerana ibu bapanya berada dekat dengannya walaupun dia sekarang di bawah jagaan kementerian sosial Thailand.

"Dia juga memaklumkan kepada saya bahawa hari ini ibu bapanya akan membawa dia pulang ke kampung halaman mereka di Narathiwat," katanya.



Peraih getah itu bagaimanapun berkata, dia tidak bercadang untuk berjumpa dengan isterinya itu pada masa terdekat ini.

Dia juga meluahkan rasa dukacitanya kerana akibat perkahwinannya dengan budak 11 tahun, kerajaan menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun.

"Dalam hal ini, saya rasa bersalah kerana semua orang terkesan disebabkan isu perkahwinan saya hingga mendorong kerajaan menaikkan had umur perkahwinan di negara ini kepada 18 tahun," katanya.

Sementara itu, isu perkahwinan pasangan itu yang bernikah di Kampung Padang Nyor, Munduk dekat Sungai Golok, Thailand mendorong Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) memperketatkan syarat berkahwin kepada pasangan dari Malaysia terutama mereka yang ingin berpoligami.

Menurut sumber, arahan itu dikeluarkan kepada semua kadi bertauliah dalam satu perjumpaan di pejabat MAIN bulan lalu.



"Selepas ini, mana-mana pasangan dari Malaysia yang ingin menggunakan khidmat kadi bertauliah untuk berkahwin perlu menyerahkan semua dokumen berkenaan termasuk surat kelulusan untuk berpoligami dari pihak berkuasa agama negeri masing-masing sebelum akad nikah dijalankan.

"Ini bagi memastikan tiada lagi masalah timbul selepas itu," kata sumber itu.

Isu perkahwinan peraih getah bersama pasangannya mendapat liputan meluas media selepas mereka berkahwin di masjid di Kampung Padang Nyor 18 Jun lalu.

Post a Comment

0 Comments