Raya Dah Dekat,Ikuti Cara Bergaya Seperti Tengku Permaisuri Selangor Paling Jimat

Raya Dah Dekat,Ikuti Cara Bergaya Seperti Tengku Permaisuri Selangor Paling Jimat

Raya Dah Dekat,Ikuti Cara Bergaya Seperti Tengku Permaisuri Selangor Paling Jimat
Pejam celik, pejam celik, Hari Raya bakal menjelma tidak lama. Pasti korang sedang bertungkus lumus menyiapkan kelengkapan raya seperti biskut raya, menjahit baju raya serta pelbagai lagi.


Pada anda yang buntu, ini penulis bawakan beberapa tips untuk mencari baju raya paling menjimatkan dan semestinya mudah. Bukan itu sahaja, anda boleh melaram sakan seperti puteri raja, siapa yang tak nak?


yelah sesuai dengan demam perkahwinan diraja yang masih lagi hangat diperkatakan, kita juga ada our very own ikon Tengku Permaisuri Norashikin Binti Abdul Rahman, yang tidak kurang hebatnya dalam berfesyen.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman (lahir 4 Jun 1971) merupakan permaisuri kepada negeri Selangor dan isteri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Sultan Selangor yang ke-9. Baginda merupakan seorang bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia.


Foto – Instagram selangorroyalofficial

Yang penulis perasan, baginda selesa tampil simple tetapi masih ada aura elegan dan anggun dalam setiap gayanya.
Tak semestinya berjenama mahal
Tengku Permaisuri Norashikin seorang yang bergaya ringkas dan acapkali dilihat memakai Kurung Moden. Kalau diperhatikan kebanyakan masanya baginda lebih selesa memilih baju kurung moden yang ringkas namun tetap menawan dan tampak mewah. Kebanyakan kurung pilihan Tengku Permaisuri rona pastel lembut dan juga jelas memperlihatkan beaded necklineataupun pearl detailing di garis leher kurung tersebut yang menambahkan imej klasik dan mewah itu.


Foto – Instagram selangorroyalofficial

Bagaimana nak tiru? Anda tidak semestinya memilih rekaan pereka fesyen terkenal yang mahal. Memadai jika berkunjung ke gedung seperti Jakel dan Kamdar di mana anda tidak akan berhabis ratusan hanya untuk sepasang kurung moden.
Diskaun tambahan paling menjimatkan
Penulis sedia maklum bahawa Tengku Permaisuri Norashikin gemar rekaan beberapa pereka fesyen busana tradisional tempatan misalnya Innaired. Seringkali kelihatan di butik Innaired dan juga pertunjukan fesyen koleksi terbaru Innaired, memang tak dinafikan rekaan Innaired ini memang cantik.


Foto – Instagram selangorroyalofficial

Apa yang kita tahu rekaan dari jenama itu agak mahal, jadi mungkin kita boleh cuba inisiatif lain. Bagusnya sekarang apabila anda membeli busana tradisional berjenama di laman belian online seperti Fashion Valet dan Zalora, anda boleh mendapatkan diskaun tambahan melalui penggunaan kod diskaun.
Aksesori penyelamat penampilan
Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa nampak elegan kerana baginda tidak gemar beraksesori sarat, biarpun dari segi anting-anting, selendang mahupun tas tangan. Contohilah Tengku Permaisuri yang gemar memilih tas tangan kecil (beliau sering menggunakan tas Dior – tetapi bagi kita, banyak sahaja tas kecil menarik berinspirasikan Dior di Charles & Keith.


Foto – Instagram selangorroyalofficial

Bagi anda yang berhijab, cubalah selendang chiffon ringkas berona lembut seperti Tengku Permaisuri. Selendang tanpa corak ini menyerlahkan kecantikan anda dan tidak terlaludistracting seperti selendang bercorak.
Memang manis Tengku Permaisuri, sedap mata memandang.

Post a Comment

0 Comments