Polis dah geram belum dapat tangkap Jamal

Polis dah geram belum dapat tangkap Jamal

Polis dah geram belum dapat tangkap Jamal

Pihak polis masih berusaha mengesan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang melarikan diri daripada pihak berkuasa itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata Jamal tidak hadir di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur ketika pemilihan sayap parti itu berlangsung.
Jamal kini mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua bahagian Umno Sungai Besar dan bertanding untuk jawatan ketua pemuda parti itu.
"Kita masih cari dia, sebab kita nak melaksanakan waran tangkap. Bila kita dah dapat dia kita akan tangkap dia, itu saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ditanya sama ada Jamal akan hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi tujuan pemilihan Umno, Fadzil berkata:
"Tak ada. Mana ada, kalau ada kita tangkap lama dah. Mesti kita sudah geram cari dia sampai dapat.
"Kita dapat kita tangkap, kalau kamu ada info dia ada mana, kamu beritahu saya, kita tangkap terus," katanya.
Jamal masih di Malaysia?
Pegawai kanan polis itu turut ditanya mengenai dakwaan bahawa Jamal masih berada di negara ini dan tidak melarikan diri ke Indonesia, seperti yang dipercayai sebelum ini.
"Dia boleh kata macam-macam, dalam Malaysia, luar Malaysia, macam-macam.
"Yang itu saya tak nak komen apa-apa. Itu subjek siasatan (polis), takkan nak umum kepada mana-mana (pihak). Apa yang saya boleh beritahu memang kita nak tangkap dia, walaupun di mana dia berada," katanya.
Jamal yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai aksi - termasuk bertuala di depan bangunan pusat pentadbiran kerajaan Selangor di Shah Alam - dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.
Dia melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.
Jamal didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri Selangor.
Dia juga disiasat bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.
Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun.
Jamal bagaimanapun mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menggunakan undang-undang rimba untuk menahannya.

Post a Comment

0 Comments