Amalan Karut Bintang Terkemuka Dunia Sebelum Perlawanan Bola Sepak

Amalan Karut Bintang Terkemuka Dunia Sebelum Perlawanan Bola Sepak

Jika anda fikir kebolehan luar biasa Cristiano Ronaldo adalah hasil usaha keras dan bakatnya semata-mata, anda mungkin tersilap kerana menurut laporan portal news.com.au, Ronaldo dan beberapa bintang terkemuka yang mewakili negara masing-masing pada Piala Dunia di Rusia amat percaya kepada amalan-amalan karut sebelum mula beraksi di atas padang.



Ketika keluar dari terowong stadium, Ronaldo akan memastikan kaki kanannya melintasi garisan padang terlebih dahulu.

Malah kapten Portugal itu akan memastikan dirinya pemain terakhir keluar dari terowong tersebut.

Amalan Karut Bintang Terkemuka Dunia Sebelum Perlawanan Bola Sepak

Bintang Argentina, Lionel Messi pula sentiasa meletakkan bola ke bawah dengan kedua-dua tangan dan mengambil jumlah langkah yang sama sebelum merembat bola. Ia berkesan seperti yang dilakukan semasa bertemu Iceland.

Penyerang England Harry Kane pula dilaporkan tidak akan mencukur jambangnya buktinya, dia dilihat selesa dalam keadaan berjambang semasa menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Tunisia pada Selasa.

Malah, pada 2014 Kane turut dilihat berjambang semasa musim cemerlangnya bersama Tottenham Hotspur.

"Saya tidak bercukur sejak gol pertama saya," katanya selepas meledak gol dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Amalan Karut Bintang Terkemuka Dunia Sebelum Perlawanan Bola Sepak

Bagi pemain tengah England Dele Alli, dia telah menggunakan shin pad yang sama seperti yang dimilikinya pada usia 11 tahun malah, dia menegaskan pad tersebut tidak berbau.

"Shin pad itu ada bersama dengan saya selama 11 tahun, sejak saya berusia 11 tahun.

"Ia tidak berbau. Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia tidak berbau busuk. Saya juga tidak membersihkannya," kata Alli.

Amalan Karut Bintang Terkemuka Dunia Sebelum Perlawanan Bola Sepak

Penjaga gol Thibaut Courtois pula akan menyentuh dagunya semasa lagu kebangsaan Belgium dimainkan. Gelagatnya itu berjaya dirakam kamera yang membuat liputan secara langsung.

Semoga memberi manfaat.

Post a Comment

0 Comments