SEDIHNYA..KERANA HEADBAND, IBU MUDA INI TRAUMA SEPANJANG HAYAT…

SEDIHNYA..KERANA HEADBAND, IBU MUDA INI TRAUMA SEPANJANG HAYAT…

SEDIHNYA..KERANA HEADBAND, IBU MUDA INI TRAUMA SEPANJANG HAYAT…

Seorang ibu telah menyebabkan bayinya yang berumur 3 bulan mati kerana memakaikan headband

Holly dan ibunya baru balik dari berjalan-jalan, dan Holly telah tertidur di dalam carry cot yang dibawa. Ketika itu, Holly sedang memakai headband yang berbentuk bow.

Memandangkan anaknya nyenyak tidur, ibu Holly terlupa untuk menanggalkan headband tersebut dan telah pergi mandi.

Aksesori rambut yang boleh menyebabkan Bayi Tercekik dan Lemas

Apabila ibu Holly sedar bahawa headband itu telah tergelincir dan menutup hidung dan mulut anaknya, ia sudah terlambat. Holly sudah tidak bergerak dan telah meninggal dunia. Siasatan telah menunjukkan Holly telah meninggal akibat lemas.

Leanne Wilson, bagi pihak ibu Holly, telah berkongsi tentang kejadian tersebut di Facebook, sebagai amaran kepada semua ibu bapa yang mempunyai bayi muda.

Walaupun ia adalah perkara biasa untuk memakaikan aksesori rambut seperti clip rambut dan headband yang comel pada bayi, ibu bapa perlu sedar ia boleh menyebabkan bayi tercekik dan lemas.

“Bayi dan kanak-kanak boleh tertelan, tersedut atau tercekik pada apa jua benda yang berada dalam jangkauan mereka. Ia adalah refleksi semula jadi untuk menggenggam dan memasukkan benda ke dalam mulut mereka. Sebaik sahaja benda itu masuk ke dalam mulut, mereka mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengeluarkannya.

Ibu bapa boleh mencegah risiko tercekik dan lemas dengan memastikan objek-objek kecil dijauhkan daripada jangkauan kanak-kanak di bawah umur tiga,” katanya.


Pendapat Orang Lain

Sesetengah ibu telah memberitahu bahawa beberapa doktor pakar kanak-kanak telah berkata headband yang ketat tidak patut dikat pada kepala bayi kecil sehingga selepas tulang tengkorak bersatu. Elastik ketat yang sering dipakai boleh menyebabkan bentuk tengkorak yang pelik.

Dalam kes lain, seorang bayi telah menarik salah satu kelopak bunga pada headband yang dipakai, dan memasukannya ke dalam mulut. Ibu kepada bayi itu sempat menyelamatkan anaknya dari tercekik.

Kadang-kadang ia bukan disebabkan band elastik itu sendiri, tetapi bunga dan barang hiasan kecil-kecil yang dilekatkan pada headband, yang boleh memudaratkan.

Pastikan anda sentiasa menyemak aksesori yang dipakai anak, tidak menyesak pernafasan mereka dan tiada apa-apa yang terperangkap dalam mulut. Jangan sampai lupa untuk menanggalkan segala clip rambut dan aksesori rambut lain juga apabila mereka tidur.

Post a Comment

0 Comments