Che Puan Khaleeda Jawab Isu Hamil Anak Ke 4

Che Puan Khaleeda Jawab Isu Hamil Anak Ke 4

 Che Puan Khaleeda Jawab Isu Hamil Anak Ke 4

 Dalam beberapa hari ini, pelbagai spekulasi muncul mendakwa , isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda kini hamil. Sahih atau tidak?

Terbaru, Che Puan Khaleeda berkongsi sekeping gambar terkininya bersama melakukan senaman di rumah. Gambar yang di muatnaik di IG Stories-nya tu disertakan kapsyen mengesahkan yang dia sedang hamil anak ke-empat.

Pengakuan ini dbuat setelah Che Puan Khaleeda membuat sesi soal jawab “True & False” di Instagramnya. Salah seorang pengikutnya bertanyakan adakah Che Puan Khaleeda sedang hamil, beliau menjawab “ya”.


Maka spekulasi terlihatnya ‘baby bump’ pada Che Puan Khaleeda baru-baru ini akhirnya terjawab. Walaupun Che Puan Khaleeda tidak membicarakan berita kehamilannya secara lebih terperinci, namun netizen mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.


Che Puan Khaleeda dan Tunku Ismail mempunyai tiga orang anak, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Tak sabar nak tunggu kelahiran putera atau puteri baharu pasangan diraja ini!

Post a Comment

0 Comments