Uncle S tonyoh muka kakak pada kem@luan dia- Anak jadi mangsa nafsu rakan bapa, menggigil tahan air mata dengar penjelasan doktor

Uncle S tonyoh muka kakak pada kem@luan dia- Anak jadi mangsa nafsu rakan bapa, menggigil tahan air mata dengar penjelasan doktor

Uncle S tonyoh muka kakak pada kem@luan dia- Anak jadi mangsa nafsu rakan bapa, menggigil tahan air mata dengar penjelasan doktor
NAFSU serakah sememangnya tidak mengenal mangsanya.
Kerap kali kita dihidangkan dengan berita-berita di media tempatan misalnya bapa rogol anak, datuk cabul cucu dan seumpamanya.
Lebih dibimbangkan, jenayah seksual ini boleh berlaku di rumah sendiri tanpa disedari oleh ibu bapa mangsa.

Dalam kebanyakan kes, pelaku jenayah seksual ini akan mensasarkan mangsanya yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa supaya perbuatan mereka tidak dapat dikesan.
Menerusi satu posting di Facebook, seorang doktor pakar pediatrik, Dr Redza Zainol berkongsi satu kisah tragis pesakitnya di mana mangsa, seorang kanak-kanak perempuan yang masih kecil menjadi mangsa cabul rakan bapanya sendiri.
Menurut Dr Redza, perlakuan jijik si pelaku terbongkar apabila kanak-kanak perempuan itu mengadu kepada ibunya.
"'Kenapa uncle S tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?'. Ibunya terdiam. Tergamam dengan soalan anak perempuannya.
"Diulang lagi soalan yang sama pada ibunya. Dia bingung dengan apa yang jadi pada dirinya. Lepas ditanya berkali-kali, barulah si ibu percaya anaknya dah dicabul oleh kawan suaminya.
"Kawan yang selalu datang ke rumah, sampaikan jadi rapat dengan anak-anak. Luar pakai muka manusia, dalamnya syaitan hitam belaka," tulisnya pada perkongsian tersebut.
Lebih memilukan kata Dr Redza, ayah mangsa kelihatan begitu terkilan dan cuba menahan tangis ketika mana petugas perubatan menerangkan hal sebenar yang dialami anak kecilnya itu.


Pelaku gemar mensasarkan kanak-kanak kerana golongan ini masih tidak mengetahui mengenai seks agar perlakuan mereka tidak dapat dikesan.
"Bila kami nak terangkan pada si ayah keadaan anak, dia hanya memandang ke atas. Menggigil sambil menahan air mata dari tumpah.
"Anaknya dicabul dan dipaksa buat seks oral. 'Saya pergi balai polis. Saya minta polis di sana tembak terus kawan saya. Bagi dia mati'. Itu saja yang mampu dia cakap. Dah terlambat.
"Kawan memang kawan. Tapi biarlah sampai di luar pintu rumah saja. Kita bagi orang lain peluk anak kita. Kita bagi orang lain kerap bermalam di rumah kita. Kita bagi kawan selalu datang rumah waktu malam-malam. Padahal rumah ada isteri dan anak perempuan.
"Peluang begini yang mereka nantikan. Yang mereka perlukan cuma 15 minit. Itu dah cukup untuk hancurkan keluarga kita," tulis doktor itu lagi.
Justeru sebagai peringatan dan nasihat kepada ibu bapa yang lain, doktor ini memberi beberapa panduan untuk diikuti sekiranya kejadian yang sama berlaku terhadap keluarga mereka.


Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka tak terdedah dengan gangguan seksual.
"Pertama, pastikan diri sendiri dan anak dalam keadaan selamat. Pelaku tu sanggup buat apa saja untuk tutup kesalahan sendiri.
"Kedua, buat laporan polis. Ini dokumen paling penting. Ketiga, bawa salinan laporan polis ke hospital. Anak akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak dan doktor sakit puan. Dengan salinan laporan polis, barulah doktor sakit puan boleh buat pemeriksaan teliti pada bahagian kemaluan anak.
"Pihak polis pula dengan segera akan memberkas si pelaku. Ini penting supaya pelaku tak datang untuk mengganggu keluarga mangsa," tulisnya.
Menurut Dr Redza, anak akan dirujuk pada doktor psikiatri untuk penilaian tanda-tanda kemurungan, tanda stress, tanda trauma atau paling serius sehingga timbul rasa untuk membunuh diri.
"Jika ada anak perempuan yang lain, bawa semuanya ke hospital. Ada kemungkinan, semua pun sudah dicabul," tulisnya lagi sambil meminta agar postingnya dikongsikan supaya para ibu bapa peka dan mengambil berat tentang keselamatan anak masing-masing.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih sehingga 1,000 shares di Facebook.

Post a Comment

0 Comments