Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar di laman facebook beliau.
Menerima berita mendukacitakan apabila rakyat Malaysia pertama yang berasal dari Besut, Terengganu meninggal dunia di…
Posted by Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar on Wednesday, June 10, 2020
Memetik kenyataan Kedutaan Besar Malaysia Di Qatar di Facebook, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 11:05 pagi tadi (3:05 petang waktu Malaysia) di Hamad Medical Centre, Doha.

Gambar: Facebook

Difahamkan, Allahyarham Tengku Endut sebelum ini pernah bertugas sebagai jurutera di Malaysian Airlines System (MAS) sebelum menyertai syarikat penerbangan Qatar Airways di negara tersebut.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta memberikan ketabahan kepada ahli keluarganya.
Al-Fatihah.
0 Comments