Kemelut Rumahtangga Aliff Syukri,Bonda Rozite Beri Bayangan

Kemelut Rumahtangga Aliff Syukri,Bonda Rozite Beri Bayangan

Kemelut Rumahtangga Aliff Syukri,Bonda Rozite Beri Bayangan
Dalam hidup ini, duit memang penting. Hampir semua benda memerlukan duit, tapi perlu diingat yang tak semua perkara boleh dibeli dengan duit.
Termasuklah bahagia, ia memang tak boleh dibeli dan tak boleh dinilai dengan duit. Tapi ramai yang berkata, untuk mendapatkan kebahagiaan kita perlukan duit.
Kerana kata mereka untuk dapatkan apa yang kita impikan memang merlukan duit, jadi selepas apa yang kita impikan menjadi kenyataan barulah kebahagiaan itu akan kita miliki. Kata mereka lagi hidup haruslah berpaksi pada realiti, kalau tak punya duit mana mungkin perut bakal diisi, dan adalah mustahil untuk kita shopping itu ini. Mungkin barangkali kerana itulah ada orang yang sanggup melakukan apa saja demi duit, kononnya untuk mencapai rasa bahagia.
Ibu kepada usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim awal semalam ada berkongsi satu entri panjang lebar yang cukup menyentuh hati.
Memuat naik foto bersama salah seorang menantunya, Datin Seri Nur Sahida, kapsyen panjang lebar wanita yang sinonim disapa sebagai Bonda Rozita begitu memberi makna.
“Jangan sampai salah mengejar..!! Takutlah dunia yg penipu sbb tu jgn Mengejar dunia mati2an “ risau sampai hati betul2 mati “ ..yg kita x sedar …kita tak cari KESUNGGUHAN CARI HIDAYAH ALLAH.
“Wajah ceria kami yg sgt sayangkan family “ kisah suka duka semua sy ajar pd Ida”. Jangan salah fokus dalam hidup , ia sangat menyiksakan sbb xkan pernah cukup..!! Akhirkan kita mungkin kaya harta tapi “ miskin hak utk diri sendiri dan family dn anak2 yg berharga,” tulisnya. Pada masa sama, Bonda Rozita turut membayangkan mengenai rumah tangga anaknya itu.

“Usia kita berkejaran nak masuk kuburan yg xmengira jenis org muda ..orang tua..YG KAYA MATI …YG MISKIN MATI.. RAJA MATI …PENGEMIS PUN MATI. yg paling takut ialah hati kita mati awal , sbb dosa dn maksiat , macam mana hati nak bercahAya.
“Risau xsempat jumpa hidayah sebelum jasad kita kaku ditanam dlm kubur .Masa tu xguna dah. Rumah hutan , asalnya sepi dgn hutan..Dtg seni dn indah jiwa bonda ditouch up..dijaga indah ..Akhirnya ia membangun ..buktinya dr mengndung yusuf sampai berjalan yusuf ..Hasil sentuhan sabar ..kuat ..dibelai ..dijaga membangun lah rumah hutan.
“Benda buruk boleh baik…benda baik pun boleh buruk ..lihat dn faham asma ul husna !! Dn wali Allah juga dr sabar dn mengamal ilmu dr apa di belajR..!! Doa doa doa AllAh sj kembalinya kita dn doA dr apa ditetapkan Allah kita dgn ujian.!!
“Macam tu juga perkahwinan buruk hodoh macam mana pun dibaja siram ditebas mana patut cantik lah balik kan gitu anak ku @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs @yatie_sendayutinggi. Mak doa kebahAgiaan anak2 Mak jgn lalui macam Mak tolonglah,” harapnya.
Terdahulu, Aliff dan isterinya kebelakangan ini sering kali berkongsi rasa menerusi kapsyen masing-masing, sekali gus memberi andaian pelbagai netizen.
Ada orang yang walaupun hidupnya susah dan tidaklah mewah tapi dia bahagia. Bahagia itu dimilki kerana dia sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang diperolehi dan dia tak pernah merungut-rungut meyalahkan takdir hidupnya, dia juga tak berhenti berusaha untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki untuk sesuap nasi, memperoleh rezeki dari hasil yang halal ternyata hidupnya berkat.
Walaupun mungkin dia tak punya wang banyak dan dia perlu bersuah payah unuk mendapatkan rezeki tapi dia puas dengan rezeki yang dimili hasil dari kudrat dan tenaga sendiri melakukan kerja yang halal. Walaupun dugaan datang bertubi-tubi, tapi kesabaran dan ketabahannya tetap tersemat di hati, dan dia kuat menempuhi hari hari yang penuh liku dengan hati yang tenang. Maka dengan itulah dia bahagia walaupun wang didalam poketnya kurang.
Foto: Instagram Rozita Ibrahim
Kredit: MH

Post a Comment

0 Comments