HARUAN MAKAN ANAK ....
70 % kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol ada mengadu kepada ibu kandung . 70 % ibu mangsa rogol pula tahu anaknya dirogol suami sendiri tetapi tidak percaya atau memilih untuk berdiam diri.
Wahai ibu-ibu ...
Wahai ibu-ibu ...
Kalianlah sepatutnya melindungi anak-anak perempuan yang masih kecil ini lebih berbanding diri sendiri. Sekiranya kalian ada anak perempuan, simpanlah sedikit persaaan waspada hatta kepada ayah kandung si anak sekali pun.
Jadilah pendengar yang baik. Jangan kerana mereka masih kecil .. kita merasakan apa yang mereka adukan itu sesuatu yang mustahil tetapi sebaliknya ... siasatlah dengan mendalam.
Dalam linangan air mata ... si kecil ini menceritakan bagaimana dia telah diogol oleh bapa tiri sejak usianya 7 tahun sehinggalah dia selamatkan baru-baru ini setelah usianya 10 tahun.
Bapa tiri bekerja di ladang kelapa sawit manakala ibu pula bekerja di kedai makan.
Dia ialah anak hasil perkahwinan pertama ibu dengan bapa kandungnya. Ibu bercerai dgn bapa kandungnya yang merupakan seorang penghuni “ lorong gelap “.
Dengan bapa tiri .. dia ada tiga adik. Setiap hari .. tugasnya menjaga adik-adik di rumah selepas tamat waktu sekolah kerana ibu keluar bekerja menjelang tengahari hinggalah ke malam baru ibu pulang.
“ Abah “ pula .. jadual kerjanya di ladang sawit tidaklah menentu. Kadang ada kerja , kadang tiada. Kebanyakan masa .. dia dan abah ada di rumah.
Abah seorang yang pendiam. Sepatah di tanya .. sepatah saja dijawab. Sejak kecil, abah selalu menyebelahinya setiap kali dia dimarah ibu. Sangkanya .. tentulah abah sayang kepada dia.
Sehingga dia berusia tujuh tahun .. kasih sayang abah yang penuh dengan nafsu durjana telah dizahirkan.
Suatu hari .. selepas pulang dari sekolah , dia mandi-manda seperti biasa. Tiba-tiba abah memanggilnya ke bilik abah . Tidak mengesyaki abah .. dia terus masuk ke bilik.
Tiba-tiba tubuhnya di tolak ke katil .. mulutnya dicekup .. abah memberi amaran jika dia menangis atau menjerit .. dia akan dibunuh.
Dalam kesakitan dan linangan air mata .. dia merelakan tubuh diperkosa dengan kejam . Tetapi dia tidak memberitahu kejadian itu kepada ibu .. kerana takut dibunuh abah.
Sakitnya tubuh diperlakukan begitu ... tidak mampu diucapkan. Kesakitan itu ditanggung sendirian. Sejak itu .. bermulah rutinnya ... menjadi tempat abah melampiaskan nafsu.
Tidak lama selepas kejadian itu bermula ... dia memberanikan diri dengan cuba mengadu kepada ibu. Jawapan ibu ..
“ Jangan nak merapu sangatlah. Abah tu punya baik ... nak tuduh macam-macam kenapa ! “
Sejak itu .. dia tidak lagi mengadu kepada ibu. Tugasnya melayani nafsu serakah abah berterusan hampir setiap hari selepas balik sekolah melainkan jika ibu ada.
Hubungan dia dan abah tiba-tiba dingin. Dia tidak lagi bertegur sapa dengan abah walaupun abah berusaha untuk mengajaknya berbual.
Ibu pula terus-terusan menuduh dia anak durhaka dan kurang ajar kerana tidak bertegur sapa dengan abah.
Bencinya dia kepada jantan durjana itu, hanya mampu disimpan jauh di dalam hati.
Dia takut untuk melawan abah kerana selain mengugut utk membunuh dia... abah juga mengugut untuk mencederakan adik-adik. Dia diperlakukan seperti pelacur .. disuruh juga mengorali abah.
Sehinggalah satu hari .. dia menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya kepada rakan sekelas. Rakan sekelas memujuk dia menceritakan kepada guru kelas...
Di situlah segalanya terbongkar dan dia diselamatkan. Setiap malam .. basah lencun batalnya meratapi nasib diri .. rindukan adik-adik yang selama ini dijaganya setiap hari.
Dia tidak membenci ibu .. tetapi dia kasihan kerana ibu terpaksa bekerja keras demi membesarkan mereka . Hidup mereka selalu saja dalam kesempitan ...
Dia ingin pulang ke rumah ..
tetapi bukan kerana ibu ..dia teramat rindukan adik-adik . Dia mengakhiri perbualan dalam esak tangis yang sangat meruntun kalbu ...
Sumber:Natipah Abu
0 Comments