Irwan 4U2C meninggal dunia, AC Mizal terkenang memori bersama

Irwan 4U2C meninggal dunia, AC Mizal terkenang memori bersama

 Irwan 4U2C meninggal dunia, AC Mizal terkenang memori bersama:





Setiap yang hidup pasti akan menemui mati, selepas bertarung nyawa melawan penyakit, akhirnya bekas anggota kumpulan  4u2c, One II atau nama sebenarnya Nirwan Irwan telah meninggal dunia hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan menerusi laman Instagram milik Datuk AC Mizal, yang turut bersedih dan terkesan dengan pemergian arwah.

Perkongsian di IG memaparkan, Datuk AC Mizal berkesempatan melawat jenazah arwah, yang telah disahkan meninggal dunia pada hari ini.

Menerusi kapsyen, pengacara dan penyanyi meluahkan rasa duka dengan pemergian rakan sejagatnya itu dan mengimbau kembali kenangan ketika zaman kegemilangan kumpulan 4u2c.

“Sedih teramat aku bro, dengan pemergian kau, teringat aku zaman kita dulu 4u2c…”




                       
Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan takziah daripada netizen, mendoakan agar arwah ditempatkan di dalam kalangan hamba Allah yang beriman.

Sebagai rekod, kumpulan 4u2c ditubuhkan pada tahun 1996 dan cukup dikenali ketika area 90-an. Lagu Kembalilah Fiona, sehingga kini masih menjadi dendangan ramai.

Sumber : Dato AC Mizal

Post a Comment

0 Comments