Hina Raja Permaisuri Agong, lelaki hantar ‘warkah’ mohon ampun

Hina Raja Permaisuri Agong, lelaki hantar ‘warkah’ mohon ampun

Hina Raja Permaisuri Agong, lelaki hantar ‘warkah’ mohon ampun:




SELEPAS berdepan kecaman netizen sejak semalam, salah seorang pengguna Twitter yang melemparkan kata-kata nista terhadap Raja Permaisuri Agong, hari ini mengeluarkan permohonan maaf dan ampun daripada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Firdaus Asraf membuat permohonan maaf itu melalui satu nota dalam satu hantaran di laman sosial petang tadi.

Menyebutnya sebagai ‘warkah’, Firdaus menyatakan kekesalan dan mengakui bersikap biadab terhadap Tunku Azizah seperti yang tular di media sosial sejak semalam.



                   


“Patik hanyalah rakyat biasa yang telah durhaka terhadap Raja serta kerabat-kerabatnya.

“Patik ini dengan merendah diri memohon segala keampunan daripada Raja Permaisuri Agong. Ampun Tuanku,” katanya dalam nota tersebut.

Semalam, beberapa pemilik akaun media sosial berkongsi tangkap layar memaparkan komen serta ciapan beberapa pengguna Twitter yang bersikap biadab dengan melontarkan komentar berbaur penghinaan terhadap baginda serta institusi raja.

Komen serta ciapan yang dianggap melampau itu kemudiannya dikaitkan dengan punca Tunku Azizah menyahaktifkan akaun Twitter baginda.



                                  


Semakan NMP mendapati, terdapat ciapan yang dilemparkan pemilik akaun terbabit melemparkan kata-kata nista termasuk menyamakan institusi raja dengan penyembahan berhala.

Perbuatan itu telah membangkitkan kemarahan ramai pihak termasuk netizen yang ‘memburu’ pengguna Twitter terbabit sambil mendesak pihak berkuasa bertindak menangkap mereka.

Kemarahan netizen turut dilihat apabila ada yang membuat tangkap layar dan berkongsi gambar-gambar mereka di laman sosial.

Kecaman netizen menyebabkan terdapat pemilik akaun terbabit bertindak menyahktif atau membuat tetapan ‘private‘ pada akaun masing-masing bagi mengelakkan ‘serangan’ netizen.

Sementara itu, Firdaus berkata, dia ingin mengadap Tunku Azizah untuk menyatakan sendiri permohonan maaf atas perbuatan tersebut.

“Patik tidak mengharapkan apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong,” tambahnya.

Nota tersebut bagaimanapun mendapat reaksi bercampur daripada netizen yang rata-rata menasihatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau komen di sosial media.


Post a Comment

0 Comments