Misteri Hutan Bak Payung Pada Pandangan Mendiang Nora Anne

Misteri Hutan Bak Payung Pada Pandangan Mendiang Nora Anne

Misteri Hutan Bak Payung Pada Pandangan Mendiang Nora Anne

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata bagi seseorang yang menghidap sesuatu penyakit, ataupun dalam keadaan yang memerlukan bantuan perubatan, hutan sememangnya boleh mengelirukan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Jika anda pernah masuk ke dalam hutan, anda mesti akan tahu kesan akibatnya kepada orientasi ataupun pemikiran seseorang.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata bagi seseorang yang menghidap sesuatu penyakit, ataupun dalam keadaan yang memerlukan bantuan perubatan, hutan sememangnya boleh mengelirukan.

“Hutan boleh mengelirukan dan sangat boleh mengelirukan, jadi setelah apa yang dilakukan ini saya percaya grid pencarian itu adalah konsisten,” kata Kamal.

Kamal menjelaskan tentang proses pengecaman mayat bahawa dalam kes yang terjadi ini, pihak polis akan memberitahu pihak keluarga terlebih dahulu, keluarga akan dibawa masuk.

"Seterusnya, mereka akan dibawa melihat apa yang ada di situ berdasarkan kepada pakaian, berdasarkan wajah, misalnya jika seseorang itu ada tatu, ataupun perhiasan cincin dan sebagainya," katanya ketika dihubungi hari ini. 


Beliau diminta mengulas tentang proses atau gerak kerja dalam pengecaman mayat, selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat wanita berkulit putih yang berada dalam keadaan sempurna pada petang Selasa.

Dalam masa sama, Kamal menjelaskan bahawa punca atau lokasi kejadian ini akan diproses dengan teliti bagi melihat samada ia adalah kematian mengejut ataupun kematian luar biasa, ini akan memberikan indikator dan arah tuju kemana siasatan hendak dibuat seterusnya.

Terkini, polis mengesahkan pasukan SAR telah menemui satu mayat di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, pada Selasa.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan

“Pihak keluarga telah dibawa ke HTJ untuk membuat pengecaman mayat yang ditemui tengah hari tadi dan keluarga telah mengesahkan mayat tersebut adalah Nora Anne yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

“Proses post mortem bedah siasat ini akan dijalankan esok pagi dan kita akan pohon supaya senior patologi dari HKL turun bantu post mortem esok.

“Post mortem akan berlangsung sekitar jam 10 pagi esok dan hasil dari post mortem itu akan diumumkan kemudian,” katanya selepas ditemui di Jabatan forensik HTJ.
Pemandangan dari udara di sekitar kawasan Kampung Pantai yang menjadi lokasi kehilangan seorang pelancong warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15. - Foto Bernama


NILAI - Kawasan sekitar resort penginapan Nora Anne Quoirin, 15, yang dilapor hilang diselubungi hutan tebal.

Keadaan itu menyukarkan pasukan penyelamat mengesan keberadaan remaja Ireland yang dilapor hilang sejak Ahad lepas ketika bercuti bersama keluarganya di resort itu.

"Hutan tebal menyelubungi kawasan itu dan agak sukar untuk mencari mangsa. Anggota kami sendiri pun kami tak nampak sebab (hutan) terlalu tebal,” kata Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar kepada Bernama di sini, hari ini.

Keadaan itu turut digambarkan jurugambar Bernama Mohd Izzul Farhan Ahmad Surianshah yang berpeluang menaiki helikopter bagi turut sama meninjau lokasi operasi yang dijalankan.

Beliau yang mengakui bukan mudah untuk menemui objek dalam keadaan hutan tebal, berkata sepanjang berada dalam helikopter itu, apa yang dapat dilihat ialah beberapa kawasan hutan seperti 'payung' menutupi daratan.

"Namun, ada sesetengah kawasan masih boleh nampak pasukan penyelamat menjalankan tugas mencari mangsa terutama di kawasan sungai dan loji air," katanya di sini, hari ini.

Sepanjang 15 minit pemantauan itu, Mohd Izzul Farhan berkata beliau turut dibawa meninjau lokasi chalet yang diduduki keluarga Nora Anne di sini.

"Selepas itu, saya dibawa meninjau di kawasan loji air dan helikopter ini membuat dua pusingan di kawasan berkenaan sebelum meneruskan penerbangan mengikut aliran sungai.

"Helikopter terbang tidaklah terlalu tinggi dan saya masih boleh nampak pergerakan orang di hutan yang tak tebal kecuali di kawasan yang hutannya sungguh tebal dan boleh nampak kawasan itu seperti hitam," katanya.

Sementara itu, Mohd Nor Marzukee berkata setakat tiga hari pencarian dengan cuaca yang baik, apa yang menjadi cabaran kepada PDRM ialah ketebalan hutan di kawasan itu.

Katanya, setakat hari ini, PDRM telah melakukan empat kali pemantauan melalui udara iaitu dengan hari ini sebanyak tiga kali.

Penduduk sedih penemuan mayat Nora Anne



NILAI - Penduduk di sekitar kawasan resort di Pantai, Seremban di sini menzahirkan rasa simpati, hiba dan terkejut susulan penemuan mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, pada hari ke-10 kehilangannya dari sebuah resort di sini.

Rata-rata penduduk di sini, seakan tidak percaya kehilangan remaja malang itu berakhir sebegitu selain menyifatkan ia sebagai peristiwa 'hitam' buat kampung berkenaan.

Mohamad Afendi Azhar, 26, berkata kejadian itu adalah peristiwa pertama di kawasan itu membabitkan kes kehilangan individu yang berakhir dengan kematian.

Katanya, dia bersama penduduk kampung pernah berusaha mencari remaja itu pada hari kedua selepas dilaporkan hilang pada 4 Ogos, namun gagal.

"Secara peribadi saya amat simpati dengan keluarganya," katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Malik, 28, mengakui terkejut apabila mendapat berita penemuan mayat itu yang berada kira-kira 2.5 kilometer dari resort Nora Anne dilapor hilang.


"Tak sangka akan jumpa dalam keadaan macam ni (tidak bernyawa). Memang simpati dengan keluarga mangsa. Walaupun jumpa dalam keadaan sudah tidak bernyawa tetapi sekurang-kurangnya tanda tanya selama ini kehilangan Nora Anne terungkai," katanya.

Beliau berkata kebanyakan kes yang berlaku di situ hanya melibatkan kejadian orang sesat dan kebiasaannya akan dijumpai selamat dalam masa singkat.

Mohd Raffiq Ismail, 31, yang pernah mengikuti operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi penemuan mayat itu pula mengakui terkilan kerana gagal menemui remaja itu walaupun pernah mencarinya di kawasan sama.

"Masa saya ikut operasi itu, kami ada lalu kawasan tu (lokasi penemuan mayat) tapi kami tak temui apa-apa, tiga hari ikut operasi," katanya.

Nora Anne bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada 8 pagi hari berikutnya. Mayatnya ditemui pukul 1.57 tengah hari Selasa. - Bernama

Post a Comment

0 Comments