PENGUMUMAN pihak berkuasa mengenai penemuan mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sejak 4 Ogos lalu ternyata mengejutkan semua pihak.
Kurang 24 jam selepas pengumuman yang dilakukan pada Selasa malam, nama remaja berkenaan turut menjadi trending di laman Twitter.
Ia susulan posting orang ramai yang tidak henti-henti menzahirkan kesedihan mereka menerusi media sosial.
Meabh Jaseprine Qouirin (tengah) dan Sebastian Marie Philipe (kiri), ibu dan bapa Nora Anne.
Carian menerusi tanda pagar #NoraQuoirin turut menyaksikan banyak tweet dari dalam dan luar Malaysia dihantar sejak Selasa malam.
Selain ucapan kesedihan, mereka turut berkongsi pautan-pautan berita yang melaporkan kes melibatkan remaja berkenaan.
"Hilang kata-kata. Cukup sedih. Doa dan ingatan bersama keluarga #NoraQuoirin pada waktu ini.
Antara Tweet mengenai Nora Anne di Twitter.
"Berita yang menyedihkan. Bersemadi dengan tenang Nora. Saya tak boleh bayangkan kesedihan ibunya. Takziah untuk keluarga #NoraQuoirin.
"Rest in Peace #NoraQuoirin. Tak boleh bayangkan derita ibu bapanya. Percutian keluarga bertukar menjadi pengalaman pahit," tulis beberapa netizen.
Pada Selasa malam, keluarga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban bagi membuat pengecaman mayat, dan mereka mengesahkan ia adalah Nora Anne yang hilang dari sebuah resort pada 4 Ogos lalu, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.
Terdahulu, sekumpulan pendaki menemui mayat yang tidak berpakaian di anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari sebuah resort tempat penginapan Nora Anne, pada pukul 1.57 petang Selasa.
Operasi SAR di Gunung Berembun.
Mayat ditemui dekat Gunung Berembun di Pantai Hills.
Nora Anne, 15, mendaftar masuk di sebuah resort bersama ibu bapanya, Sebastian Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin, serta adik-beradiknya, Innes Julia dan Maurice Arthure, 3 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Nora tidak berada di bilik yang dihuni bersama adik-adik beradiknya, pada keesokan hari.
Dalam pada itu, laporan bedah siasat ke atas Nora Anne dijangka mengambil masa untuk dilengkapkan.
Terdahulu pada Rabu, keluarga Nora Anne dilihat tiba ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada pukul 9.20 pagi.
0 Comments