Rumahtangga Fizo Dan Mawar Bergolak,Tidak Serumah Lagi?

Rumahtangga Fizo Dan Mawar Bergolak,Tidak Serumah Lagi?

Rumahtangga Fizo Dan Mawar Bergolak,Tidak Serumah Lagi?

“SAYA tidak boleh beri sebarang kenyataan buat masa ini. Berilah saya masa sikit. Bila semua sudah okay barulah saya akan beri kenyataan kepada media,” kata pelakon dan usahawan Fizo Omar, 34, mengenai dakwaan rumah tangga dengan isterinya, Mawar Abdul Karim, 30, berdepan kemelut ketika ini.
Fizo ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp berkata, dia juga menghormati tugas wartawan untuk mendapatkan penjelasan daripadanya membabitkan isu berkaitan rumah tangganya itu.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan. Buat masa ini lebih baik saya tidak beri sebarang komen. Saya akan tampil memberi penjelasan kepada semua pihak apabila sampai masanya nanti,” katanya kepada Harian Metro.



Ditanya sama ada dia dan Mawar sudah tidak tinggal sebumbung, Fizo terus mengunci mulut.
Terdahulu, laporan kolum sisipan sebuah akhbar semalam, Mawar didakwa sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.
Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan ramai apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya.
Fizo dilaporkan beraya di Kelantan, manakala Mawar dan anaknya pula di Pulau Pinang.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam.

Post a Comment

0 Comments