Desas-desus mengatakan rumahtangga pasangan ini berada di ambang perceraian dan semakin menjadi buah mulut di kalangan peminat.
Hubungan dingin antara Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim sudah lama dihidu oleh peminat dan wartawan selepas Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya.
Sebelum ini, menerusi temubual eksklusif bersama Harian Metro, Fizo tidak mahu mengulas lanjut terhadap isu tersebut dan memohon diberi ruang dan masa bagi menjelaskan perkara itu.
Penjelasan yang sama turut dikeluarkan oleh Mawar di mana dia memohon maaf kerana tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjaga hati banyak pihak.
“Saya minta maaf sangat kerana buat masa ini saya tak boleh komen apa-apa lagi. Saya perlu menjaga banyak pihak,” katanya kepada Harian Metro
Sehingga kini, tidak dapat dipastikan apa yang sedang berlaku dalam rumah tangga pasangan ini, memandang masing-masing masih menyembunyikan sesuatu dari peminat.
Walaubagaimanapun, sebagai peminat seharusnya tidak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
0 Comments