Dulu Pengutip Sampah,Berbau Busuk Kini Bakal Mahasiswa.Kenali Sophy

Dulu Pengutip Sampah,Berbau Busuk Kini Bakal Mahasiswa.Kenali Sophy

Dulu Pengutip Sampah,Berbau Busuk Kini Bakal Mahasiswa.Kenali Sophy

MESKIPUN perjalanan hidupnya bermula dari tempat pembuangan sampah, namun Sophy Ron dari Phnom Penh, Kemboja, berjaya membuktikan dia mampu mencapai kejayaan luar biasa.
Ketika usianya 11 tahun, dia tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sekolah. Tetapi hari ini, dia bakal melanjutkan pelajaran dan menerima biasiswa penuh ke Universiti Melbourne.
Menjadi antara individu pertama yang diselamatkan Dana Kanak-Kanak Kemboja (CCF) dari tempat pembuangan sampah di Phnom Penh, Sophy kini boleh berbangga dengan kejayaan yang dicapai.
Menyingkap kembali kisah hidupnya, Sophy menghabiskan masa tujuh hari seminggu di tempat sampah dan menghidu bau busuk toksik semata-mata ingin membantu kedua ibu bapanya mencari wang.
Nyata, kisah hidup Sophy mampu menjadi inspirasi kepada semua orang. Malah, rata-rata pengguna media sosial turut melahirkan rasa kagum terhadapnya.
CCF merupakan sebuah organisasi yang menyediakan pendidikan dan bantuan kepada komuniti paling miskin di negara itu. - Worldofbuzz

Post a Comment

0 Comments