[EKSKLUSIF] Kisah Perkenalan Siti Kharina Dan Suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle

[EKSKLUSIF] Kisah Perkenalan Siti Kharina Dan Suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle

[EKSKLUSIF] Kisah Perkenalan  Siti Kharina Dan Suspek Aliwajuwon
KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin telah mengenali mangsa selama beberapa tahun.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle, 30, berkenalan dengan mangsa melalui media sosial.

“Dia (suspek) kenal melalui media sosial kemudian datang berjumpa dengan mangsa (Siti Kharina) pada awal bulan Januari,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Sabtu.
Terdahulu, Fadzil memaklumkan suspek utama warga Nigeria itu turut mempunyai akses terhadap rumah sewa mangsa di sebuah unit Kondominium Third Avenue di Cyberjaya.
Terdahulu, Fadzil memaklumkan suspek utama warga Nigeria itu turut mempunyai akses terhadap rumah sewa mangsa di sebuah unit Kondominium Third Avenue di Cyberjaya.




Seramai tiga suspek ditahan termasuk Aliwajuwon pada Khamis lepas, seorang wanita yang juga warga Nigeria serta seorang lelaki warga Pakistan.

Beliau berkata pihaknya masih meneruskan siasatan sama ada ketiga-tiga suspek terlibat dengan aktiviti jenayah seperti Macau Scam atau dadah.

Hubungan antara mangsa dengan ketiga-tiga suspek dan juga motif pembunuhan Siti Kharina juga masih dalam siasatan, jelas beliau.

Dalam pada itu, Fadzil juga menyatakan kejayaan tangkapan kesemua suspek dalam masa kurang 24 jam merupakan hasil kerjasama dan usaha pihak JSJ Selangor dan Sepang.

“Suspek dikesan dalam tempoh tidak sampai 24 jam dan kita percaya telah dapat menyelesaikan kes ini,” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments