Allahyarham Siti Kharina dan suspek sewa kondominium bersama

Allahyarham Siti Kharina dan suspek sewa kondominium bersama

Allahyarham Siti Kharina dan suspek sewa kondominium bersama



SHAH ALAM - Polis mengesahkan suspek utama kes pembunuhan Siti Kharina Mohd Kamarudin telah menyewa bersama Ketua Jururawat Hospital Serdang itu di unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mereka berdua menyewa bersama sejak Januari lalu di unit kondominium itu yang juga lokasi mayat Siti Kharina ditemukan.

“Suspek lelaki warga Nigeria itu juga mempunyai kad akses masuk ke kondominium berkenaan dan kediaman itu disewa atas nama Siti Kharina.


“Berdasarkan siasatan polis ke atas suspek dan juga keterangan saksi-saksi lain mendapati, Siti Kharina hanya secara on off (tidak setiap hari) menginap di kondominium berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Fadzil berkata, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan sama ada suspek terlibat dengan jenayah lain seperti love scam atau dadah dan sebagainya.

“Bagi melengkapkan siasatan, polis telah memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan dan tidak menolak kemungkinan untuk memanggil lagi beberapa individu lain dalam masa terdekat.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan namun polis telah menemui beberapa petunjuk baharu dan setakat ini tidak akan didedahkan kepada umum. Bagaimanapun, dengan penahanan tiga suspek ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai berjaya diselesaikan,” katanya lagi.

Pada 17 Mei, seorang lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina.

Lelaki berusia 36 tahun itu yang dipercayai suspek utama pembunuhan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 16 Mei, polis menahan reman dua rakan suspek iaitu seorang wanita warga Nigeria dan lelaki warga Pakistan yang membawa kepada penahanan suspek.

Pada 15 Mei, mayat Siti Khairina ditemui polis dengan kesan kelar di bahagian dada, leher dan kepala selepas pemilik rumah sewa berkenaan melihat kesan darah mengalir keluar daripada salah satu pintu rumah itu.

Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu dan ditemui mati dibunuh di sebuah unit kondominium di Cyberjaya.

Siti Kharina sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berumur antara 10 hingga 14 tahun. Suami dan semua anaknya menetap di di Kuala Pilah.


Berkenalan melalui laman sosial
Siti Kharina, lelaki Nigeria saling mengenali sejak beberapa tahun lalu


KUALA LUMPUR – Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, (gambar kecil) yang mayatnya ditemui dengan kesan kelar pada leher dan dada di rumah sewanya di sebuah kondominium di Cyberjaya Rabu lalu dikatakan mengenali seorang lelaki warga Nigeria yang juga suspek utama kes tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa mengenali suspek menerusi laman sosial sejak beberapa tahun lalu.

“Setakat ini, kita dapati mereka (mangsa dan suspek) saling mengenali satu sama lain sebelum lelaki warga Nigeria itu memasuki negara ini awal Januari lalu.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan sejauh mana hubungan mereka.

“Pihak polis juga masih menyiasat hubungan mangsa de-ngan wanita Nigeria serta lelaki Pakistan yang turut ditahan dalam kes ini serta kaitan antara ketiga-tiga suspek berkenaan,” katanya ketika dihubungi -Kosmo! semalam.

Sementara itu, seorang pe-ngawal keselamatan di kondominium tempat kejadian berlaku mendakwa, ada melihat lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun itu keluar dari kawasan tersebut kira-kira pukul 9 malam pada hari kejadian dengan menaiki Grab.

Pengawal keselamatan itu berkata, suspek itu bagaimanapun tidak menunjukkan sikap mencurigakan dan berlagak seperti tiada yang berlaku,

“Lelaki itu nampak tenang saja dan tidak tergesa-gesa ketika menuruni lif serta me-nunggu Grab.

“Kawasan ini Grab memang banyak, jadi senang untuk dia balik,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kondominium itu di Cyberjaya semalam.

Difahamkan, kereta Honda City berwarna putih milik mangsa juga dilihat berada di parkir kenderaan yang dikhususkan untuk penghuni kediaman pada hari kejadian.

Pengawal keselamatan itu turut mendakwa, suspek dan mangsa dipercayai saling mengenali antara satu sama lain berikutan mereka beberapa kali dilihat keluar masuk kondominium sebelum hari kejadian.

Bagaimanapun dakwanya, suspek tidak akan datang bersendirian kerana warga asing itu dipercayai tidak mempunyai kad akses ke rumah sewa mangsa.

Mereka selalunya datang bersama menaiki kereta milik mangsa dan pernah keluar makan bersama,” dakwanya.

Kosmo! semalam melaporkan, misteri kehilangan seorang Ke-tua Jururawat Hospital Serdang sejak 8 Mei lalu akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui di rumah sewanya di sebuah kondominium di Cyberjaya dekat sini.

Penemuan mayat Siti Kharina terbongkar selepas polis me-nerima maklumat daripada orang awam yang melihat darah mengalir keluar dari salah satu pintu kediaman terbabit kira-kira pukul 2.30 petang.

Dalam pada itu, suspek utama warga Nigeria yang disyaki terlibat dengan kes pembunuhan Siti Kharina ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Sepang dekat sini semalam.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret A. Akhiruddin @Boy Acho bermula semalam hingga 23 Mei depan.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 36 tahun itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dua lagi suspek iaitu wanita Nigeria dan lelaki Pakistan turut direman selama tujuh hari bermula kelmarin.

l 8 Mei 2019 – Ketua Jururawat, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat di tempat letak kenderaan Hospital Serdang di dalam sebuah kereta Honda City

l 9 Mei 2019 – Ahli keluarga Siti Kharina mendapat panggilan daripada pihak pengurusan Hospital Serdang memaklumkan mangsa tidak hadir bekerja dan gagal dihubungi

l 10 Mei 2019 – Ahli keluarga buat laporan di Balai Polis Komuniti Datuk Abu Bakar Baginda, Kajang, Selangor

l 13 Mei 2019 – Polis jalankan siasatan dan klasifikasikan kes sebagai kes Orang Hilang

l 15 Mei 2019 – Mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya dan polis menahan dua individu bagi bantu siasatan

l 16 Mei 2019 – Polis sahkan mayat wanita dengan kesan kelar pada leher, dada dan kepala adalah Siti Kharina. Seorang lelaki Nigeria ditahan.

l 17 Mei 2019 – Lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

– Bedah siasat sahkan Siti Kharina meninggal dunia akibat luka hirisan pada leher guna objek tajam

Post a Comment

1 Comments

cikguzim said…
Terkejut dan sedih baca kisah ni