Saya peluk anak lelaki saya kuat-kuat.Ibu Dedah Kisah Jumpa Anak Di Penjara Kemboja

Saya peluk anak lelaki saya kuat-kuat.Ibu Dedah Kisah Jumpa Anak Di Penjara Kemboja

“Saya peluk anak lelaki saya kuat-kuat."Ibu Dedah Kisah Jumpa Anak Di Penjara Kemboja





KUCHING – “Saya peluk anak lelaki saya kuat-kuat. Dia ketika itu seolah-olah sedang bermimpi. Saya siap pukul dia perlahan-lahan untuk menyedarkannya sebelum kami berdua menangis tersesak-esak. Saya kemudian cuba bercakap dengan rakan-rakannya yang lain, tidak sangka semuanya kemudian datang dan turut memeluk saya seolah-olah sayalah ibu mereka,”.
Bagi Zunita Sedini, beliau tidak menyangka nasib anak lelaki sulungnya, Yusuf Islam Abdul Halik yang pergi ke negara tersebut untuk membantu menyara keluarga mereka rupa-rupanya berakhir di dalam penjara.
Kata Zutina, adakalanya beliau dihantui rasa bersalah kerana sering ‘membebel’ tentang keperitan keluarga sehingga menyebabkan Yusuf keluar mencari kerja sampai ke luar negara.
Zunita Sedini menunjukkan gambarnya berama anaknya yang juga mangsa tahanan di Kemboja, Yusuf Islam menerusi telefon pintar semasa ditemubual di Kuching, Sarawak. foto AFFAN FAUZI, 04 APRIL 2019
Ujarnya, bayangkan mereka keluarga besar di mana beliau sendiri bekerja sebagai pembantu am di kedai percetakan manakala suaminya di Kuala Lumpur hanya bekerja sebagai pekerja am.
Tambahnya, suatu hari Yusuf memberitahu sudah mendapat kerja di Kemboja dalam bidang pemasaran dengan gaji besar.
“Dia tidak kenal agen itu, rupanya mereka berhubung dengan ejen yang membawa mereka ke Kemboja melalui penggunaan ‘WeChat’ sahaja. Saya juga silap kerana menyangka semuanya elok-elok sahaja. Semua ejen tanggung, tiket, pasport, tempat tinggal di sana. Yusuf ditawar bekerja jurujual barangan elektrik. Lumayan katanya dalam bentuk USD tapi tidak pasti berapa.
“ Masa dia di Kemboja lagi saya sudah rasa tidak sedap kerana anak saya itu tidak tahu sangat mana tempat dia berada, alamat dan sebagainya. Semua dia tidak tahu. Hati seorang ibu, lain rasanya. Tiba-tiba selepas itu, tidak ada khabar berita langsung. Pelik tapi saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak berhubung dengannya. Dekat dua bulan juga. Lepas itu, dia telefon lepas dua minggu kena tangkap. Saya hilang kata-kata, terketar-ketar. Terkejut.
“Selepas dia telefon dari penjara, baru kami dengar suara dia namun tidak pasti lokasi tahan, cuma tahu penjara Kemboja. Saya dan suami seperti hilang akal, tidak tahu apa-apa, hendak rujuk siapa. Nasib baik suami mengenali saudara Azra Abdul Razak,” katanya.
KE PENJARA BANTEY MEANCHEY
Zunita akhirnya mendapat peluang untuk bertemu dengan Yusuf di Penjara Provinsi Banteay Meanchey yang jauhnya kira-kira 400km daripada Phnom Penh.
Ujarnya, walaupun ramai yang menemani dirinya termasuk Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, beliau tetap berasa bimbang.
“Jantung saya hampir gugur apabila melihat kesemua mereka duduk tunggu kami dalam sebuah dewan siap pakai baju penjara berwarna oren. Saya kelu, saya pelik tengok mereka. Bukan sahaja Yusuf tapi hampir semuanya seperti kena pukau, tengok renung kami lama-lama. Macam tidak percaya pun ada. Macam tidak punya perasaan pun ada. Detik itu saya tidak dapat lupa.
“Yusuf tengok saya macam ‘blur’ Macam sudah tidak kenal saya. Dalam hati terdetik OK ke tidak anak aku ini. Polis mula-mula tidak bagi peluang dekati mereka. Tengok jauh dulu. Hati meronta-ronta tidak perlu cakaplah,” katanya.



MGF05042019_TEMBUAL MANGSA TAHANAN DI KEMBOJA13
Zunita Sedini tidak dapat menahan sebak semasa ditemubual mengenai anaknya yang juga mangsa tahanan di Kemboja, Yusuf Islam di Kuching, Sarawak. foto AFFAN FAUZI, 04 APRIL 2019

SAYU
“Masing-masing kelaparan, ketakutan. Dan macam-macam lagi perasaan. Bayangkan, sebulan lebih duduk dalam sebuah banglo misteri tanpa sebarang bentuk komunikasi. Hanya makan dan tidur. Saya sayu, tapi saya kuatkan hati dan jiwa dan memberi semangat kepada kesemua mereka. Tidak salah saya, daripada 47 orang itu, 44 orang daripadanya adalah dari bumi Sarawak.
“Kesemua makan roti yang kami beli dengan lahap dan sekelip mata sambil merayu-rayu agar membawa balik mereka. Waktu itu, percayalah hanya Tuhan yang tahu perasaan sayu bercampur aduk itu.
“Daripada riak wajah mereka itu, kami tahu mereka semua cukup terseksa. Tinggal dalam penjara sempit, dengan orang-orang yang dianggap penjenayah dan berbahaya. Tidak ada kebebasan dan hanya menghabiskan masa dengan tembok dan siling.
“Tiada udara segar, tidak ada apa-apa. Makanan juga tidak kena dengan selera mahupun budaya. Juga ada yang melalui pengalaman-pengalaman kurang ‘enak’. Riak mereka sangat menyakitkan hati, hancur luluh. Menangis saya teresak-esak tapi kuatkan hati.
“Daripada misi datang menyelamatkan Yusuf, kini kami mahu berusaha tidak kira apa berlaku, semuanya perlu dibawa pulang, apa salah mereka? Hanya kerana ingin membantu menyara keluarga, mereka terjebak seperti ini.
“Masing terngiang-ngiang lagi, ‘aunty tolong, aunty tolong jangan tinggalkan kami. Aunty tolong,’” ujarnya.
                     Zunita 1
AKHIRNYA ADA SINAR, KERAJAAN KEMBOJA SUDI LEPASKAN
Zunita mengakui sejak pulang dari melawat 47 rakyat Malaysia termasuk anaknya itu membuatkan dirinya patah hati namun masih berharap agar kesemua mereka dapat dibebaskan dengan kadar segera.
“Azra banyak beri semangat. Dia yakin kesemua mereka akan bebas, dia yang paling banyak bekerja keras dengan YB Larry. Mungkin mereka nampak ‘kesakitan’ yang dilalui itu.
“Saya tanya Azra beribu kali, bolehkah mereka dibebaskan? Terus bertanyakan soalan sama kepadanya. Tapi dia yakin dan amat penyabar. Tidak lama Zu, doa banyak-banyak. Mereka akan bebas,” ujarnya.
Katanya, pada satu petang beliau seakan-akan tidak percaya apabila salah seorang wartawan menghubungi beliau memberikan khabar gembira yang kerajaan Kemboja sudah membebaskan kesemua mereka yang ditahan tanpa syarat!
Zunita1
Bagi Zunita, Azra adalah ‘unsung hero’ yang banyak berjasa dan berkorban bagi memastikan kesemua mereka pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing.
“Dia yang paling banyak bantu. Ulang-alik. Buat ‘contact’ dengan semua yang ada di situ walaupun anak-anak ini bukan ahli keluarganya. Y.B Larry pula sedaya upaya pastikan saya ada di depan anak saya. Beliau banyak bantu saya. Uruskan semua urusan saya ke Kemboja. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa mereka,” katanya. – Malaysia Gazette

Post a Comment

0 Comments