‘Saksi nampak tangan ‘mangsa’ sudah berada di punggung Dhia’ – Saksi tampil ceritakan kejadian sebenar kes melibatkan atlet taekwondo negara

‘Saksi nampak tangan ‘mangsa’ sudah berada di punggung Dhia’ – Saksi tampil ceritakan kejadian sebenar kes melibatkan atlet taekwondo negara

‘Saksi nampak tangan ‘mangsa’ sudah berada di punggung Dhia’ – Saksi tampil ceritakan kejadian sebenar kes melibatkan atlet taekwondo negara:





1.png
9 April lalu, Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur memerintahkan atlet taekwondo negara, Nur Dhia Liyana Shaharuddin membuat permohonan maaf terhadap seorang warga emas kurang upaya (OKU) atas dakwaan mencederakannya dalam kejadian di stesen LRT Putra Heights, dua tahun lalu.


Hakim Lalilatul Zuraida Harron memerintahkan Nur Dhia, 25, membuat permohonan maaf secara bertulis terhadap Placid P Rodriguez, 71, menerusi media cetak dalam tempoh sebulan, selain diarahkan membayar ganti rugi am RM1,000, ganti rugi khas RM88 dan kos RM1,000.

Berdasarkan tuntutan kes, plaintif mendakwa, pada 6 Julai 2017, setibanya di stesen Putra Heights, dia membenarkan penumpang lain turun terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan. Namun dia turut ditolak oleh orang lain.

Rodriguez berkata, ketika dia berjalan di atas platform, tiba-tiba dia ditolak oleh defendan sehingga menyebabkan dia terkejut. Ketika itu dia hanya memakai alat bantuan pendengaran, terdengar suara perempuan memarahinya.

Plaintif mendakwa defendan telah menyerangnya sebanyak tiga kali di kaki kiri dan dua kali di kaki kanan serta memalukannya di khalayak ramai, biarpun dia merayu agar defendan berhenti, tetapi tidak diendahkan.

Akibat dari kejadian itu, plaintif mengalami kesakitan dan turut mengalami tekanan mental dan emosi serta trauma untuk keluar bersendirian kerana bimbang kejadian yang sama berulang.

Demikian laporan dari Berita Harian pada 9 April lalu yang menimbulkan rasa tidak puas hati saksi kejadian, iaitu rakan kepada Nur Dhia yang menyaksikan sendiri apa yang sebenarnya berlaku.

“Berkaitan isu berita yang terang-terangan nampak berat sebelah, saya nak jelaskan cerita sebenar. Kalau rajin nak tahu dan apa yang sebenarnya berlaku, sila baca dan di sini saya hanya akan ceritakan apa yang telah diputar belitkan oleh media.

Kes ini terjadi dua tahun lepas di mana Dhia dan saksi menaiki LRT ke Putra Heights. Kes ini berlaku sewaktu mereka berada di platform LRT menuju ke eskalator.

Kedudukan mereka adalah di hadapan ‘mangsa’ dan saksi perasan ‘mangsa’ datang dari arah belakang dan telah menarik tangan Dhia untuk memberi laluan kepada ‘mangsa’.

Tiba-tiba saksi nampak tangan ‘mangsa’ sudah berada di punggung Dhia. Padahal laluan pada ketika itu tiada orang, the LRT light was good! (Bukan sesak-sesak seperti yang media laporkan).

Dhia yang merasa punggungnya diramas terus berpusing dan menolak ‘mangsa’ dan di situlah Dhia mempertahankan dirinya. 

Sentuh, selisih, gesel, pegang dan ramas adalah berbeza ya! Apa yang Dhia lakukan adalah untuk mempertahankan maruahnya sebagai seorang perempuan. Tendangan yang diberi pun hanyalah di bahagian kaki dan langsung tidak kena pada bahagian dada seperti yang media sebarkan.

Dhia ada bertanya, “Why you grab my butt?” tetapi jawapan hanyalah sekadar “What?”. Beberapa kali soalan diajukan tetapi jawapan hanyalah sama seolah-olah tiada apa yang berlaku. ‘Mangsa’ betul-betul menimbulkan provokasi di sini.

Kalau betul ‘mangsa’ tidak sengaja, directly he would say ‘Sorry/Maaf’. Tapi yang diucapkan hanyalah perkataan ‘What?’ diberi.

‘Mangsa’ juga tidak memakai sebarang device yang menunjukkan dia half blind kecuali hearing aid. Kalau betul dia half blind, kenapa tak pakai tilt wand (tongkat) atau cermin matalah paling kurang? ORang yang rabun 300′ pun pakai cermin mata, inikan pula half blind.

Selepas itu barulah polis yang bertugas datang dan bawa mereka ke bilik polis. Saya juga berada di sana bersama mereka. Ada lebih dari 5 anggota polis dan mereka nasihatkan buat laporan polis dan kami bersetuju untuk pergi buat laporan.

Atas nasihat pihak tertentu agar kes ini tidak berlanjutan sehingga mengganggu fokus Dhia dalam Sukan SEA dan perikemanusiaan, Dhia terpaksa tutup sebelah mata bagi hak dia sebagai wanita. Dhia tarik balik laporan polis, walaupun dia yang menjadi mangsa pada awalnya. (Dhia yang kena ramas punggung ya netizen, bukan setakat tergesel, tersentuh).

Selepas beberapa bulan, ingatkan kes ini sudah selesai, tiba-tiba Dhia dapat dua kes saman dari mahkamah, Sivil dan Jenayah. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa kecewanya Dhia. Lagi-lagi ia kes jenayah, bukan kes yang biasa-biasa.

Jadi, mereka lawan untuk hak Dhia, maruah Dhia sebagai wanita dan juga sebagai atlet taekwondo. Takkan sewenang-wenangnya seorang atlet seni mempertahankan diri pukul orang. Mereka tidak semuda itu menyalahgunakan kemahiran diri, mereka ada disiplin.

Jadi, mereka ikut segala prosedur turun naik mahkamah dalam Dhia tengah sarat mengandung and tanggung segala kos sendirian. Alhamdulillah, Allah Maha Adil, kes jenayah telah digugurkan.

Belum habis di situ, kes Sivil pula, pihak Dhia perlu selesaikan. Hanya CCTV yag menguatkan ‘mangsa’ bahawa Dhia tendang. Itu sahaja. Bahagian yang ditendang pun hanyalah di kaki (bukti CCTV dan Dhia sendiri mengaku mempertahankan dirinya) dan tiada bukti kukuh yang lain. 

Kes mahkamah ini tidak masuk bicara kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak Dhia dan Dhia mengambil keputusan untuk bersetuju dengan ‘mangsa’ iaitu membuat permohonan maaf dan membayar pampasan (nilai pampasan bergantung dengan keputusan hakim).

Alhamdulillah atas budi bicara hakim dan keputusan mahkamah, Dhia hanya perlu membuat permohonan maaf dan pampasan sebanyak yang dilaporkan oleh media. 

Jadi, kita lihat sahajalah permohonan maaf Dhia. Dhia dah lama tak nak panjangkan kes. Sebab itu dari awal lagi dia dah tarik balik laporan polis dan tak buat apa-apa saman terhadap ‘mangsa’. Banyak masa, tenaga dan dit telah habis dikeluarkan dan siapa yang keluarkan saman sekarang? Dan siapa yang minta pampasan sebanyak RM10,000? Fikirlah sendiri.

Persoalan ini sendiri boleh nampak siapa yang nak merumitkan lagi keadaan. Kalau nak bercerita pasal hak, kedua-dua pihak ada hak. Kalau nak cerita tentang malu, tekanan mental dan emosi kedua-duanya ada dan sepatutnya kedua-dua pihak membuat permohonan maaf barulah dikatakan adil.

Tiada sebab seorang atlet mempertahankan diri memukul OKU sesuka hati. Bodoh dan gila namanya kalau buat begitu. Dia hanya mahu mempertahankan diri. 

Disebabkan kes ini juga membuatkan Taekwondo, nama, jasa dan pengorbanan Dhia sebagai atlet untuk negara busuk. Pihak Dhia memohon maaf jika ada di antara warga OKU terutamanya dalam keluarga Taekwondo terkesan dengan berita ini. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, Dhia hanya mempertahankan diri dan maruah dia sebagai wanita.

Jadi, kepada netizen yang bijak pandai, berfikir sebelum berkata, dengar cerita dari kedua-dua pihak.



Two years ago, a day after the incident took place my friend, kakak pada Dhia, told me about the incident. Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, but after listening to Dhia’s side, if I dekat tempat dia pun, I would do the same thing

.

So, this is the story

. pic.twitter.com/jHtbhPuInh
— Ulfah (@Zackulfah) April 16, 2019

Sumber


Post a Comment

0 Comments