Seorang bayi perempuan ditemui dalam kotak yang ditinggalkan di belakang Masjid Lama Ara Kuda, Tasek Gelugor, semalam.
Bayi itu ditemui oleh seorang kanak-kanak lelaki yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada orang dewasa, seterusnya menghubungi pihak polis.
Bayi yang baru dilahirkan itu temui dalam keadaan dibalut dengan kain batik dan sedang nyenyak tidur dan cuaca ketika itu hujan lebat serta angin kencang.
Bayi itu dipercayai berusia seminggu berdasarkan tali pusatnya masih belum tertanggal.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bayi itu ditemui penduduk pada jam 1:20 tengah hari semalam dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis kini sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi balai polis berhampiran.
Sumber: Harian Metro
0 Comments