Emma, Syed Abdullah masih bersama?
SEJAK kontroversi dua foto Emma Maembong dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tersebar di laman sosial pada 28 Januari lalu, pasangan ini dilihat mengambil langkah berhati-hati dalam hubungan mereka.
Malah mereka juga telah memadam foto bersama yang dimuat naik di laman sosial,selain sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Tindakan itu juga menimbulkan tanda tanya mengenai status hubungan mereka selepas insiden itu.
Terbaharu, Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq itu telah memuat naik gambar bersama Emma ketika menghadiri majlis perkahwinan dipercayai kenalan mereka di Shah Alam, Selangor.
Ramai mendoakan agar Emma dan Syed Abdullah segera bertemu jodoh.
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Abdullah pertahan diri dituduh punca Emma Maembong buka tudung
ARTIKEL BERKAITAN: Padam foto, ‘unfollow’ laman sosial, hubungan Emma dan Syed putus?
Hanya menulis kapsyen congratulations (tahniah) kepada pasangan mempelai, ruang komen pada gambar itu kembali menjadi hangat memperkatakan tentang hubungan Syed dan Emma.
Ramai tidak menyangka mereka masih bersama namun mendoakan agar hubungan tersebut akan berakhir dengan perkahwinan.
"Wow masih bersama! Tolong halalkan hubungan cepat ya. Saya doakan untuk kebahagian anda berdua.
Perkongsian foto bersama Emma ketika menghadiri perkahwinan kenalan mereka mendapat reaksi pengikutnya di Instagram.
"Boleh tak kalau nak sangat tengok Emma kahwin dengan Syed sebab anda berdua nampak sepadan sangat," antara komen pengikutnya di Instagram.
Bagaimanapun menerusi tinjauan mStar Online di Instagram Syed dan Emma, mereka masih belum mengikuti profil masing-masing.
Pada akhir Januari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan penyebaran foto tidak bertudung dan berpakaian seksi pelakon itu bersama Syed di laman sosial.
Ekoran kontroversi itu, Emma membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung atas kehendaknya sendiri.
0 Comments