'Puan ni memang tak tahu malu kan? Jerit ikut suka, tahanlah sakit' - Ibu Autism terkilan dihina
“Nurses and doctors. You have saved my baby. But, I will always remember how you downgraded me”
“Nurses and doctors. You have saved my baby. But, I will always remember how you downgraded me”
Dirinya diperlakukan sedemikan rupa semasa dia bertarung untuk melahirkan satu nyawa yang amat berharga. Dan wanita ini bukan seperti insan lain, dia seorang wanita yang istimewa. Dia tidak meminta untuk layanan yang sempurna, tetapi cukup sekadar mereka memahami keadaan dirinya yang sebenar.
Susulan kes viral mengenai jururawat, ramai yang turut berkongsi pengalaman mendapat layanan buruk dari jururawat dan juga doktor. Wanita ini tidak terkecuali meluahkan perasaannya. Luahannya di group Facebook Autisme Malaysia mendapat pelbagai reaksi netizen. Difahamkan, wanita ini telah membuat aduan, tetapi tiada maklum balas yang diterima.
REAKSI saya dapat masa saya nak bersalin as an adult autism ialah mereka kata mereka pelik tengok saya dan tak pernah jumpa orang macam saya.
Pasal kes viral nurse di Hospital Shah Alam tu. Haha. Memang nasib saya kurang baik sebab saya melahirkan anak kat sana. Saya tak dapat cam muka nurse tu. Tapi memang sedap ayat yang saya dapat.
"Awak kerja sebagai guru, kan? Kenapa awak tak boleh terima arahan." Merujuk pada saya hiper masa sakit dan blur bila disuruh teran.
Lepas tu nurse yang sama cakap, "Ada setengah orang dia boleh mengajar orang tapi tak boleh diajar." Wow. Sangat mengambil peluang sebab saya tengah lali dan lemah tapi cakap macam tu.
Saya tak sengaja kepit kaki saya sebab terlalu sakit. Lepas tu ada doktor pukul kaki saya sampai terkena besi setelah saya cakap saya pun tak perasan saya kepit kaki saya. Dia kata "orang cakap menjawab!"
Saya faham perangai saya ni dah susahkan orang.
- Satu, saya memang tak tahan sakit jadi saya menjerit sebut nama Allah dengan suara yang paling kuat sampai kejutkan penghuni hospital.
- Dua, saya hampir terjatuh dari katil sebab saya berpusing-pusing di atas katil dari pukul 9 malam hingga tiga pagi. Saya dibawa ke labour room kerana nurse dan doktor tak tahu nak handle saya. Bukaan sudah pun 5 cm dan mereka kata, "Jeritlah kat sini puas puas."
- Tiga, kulit saya jenis nipis jadi saya sakit sangat-sangat. Doktor tahu pasal tu. Tapi dapat tahu lepas terpecahkan kulit saya masa dijahit first time.
Tanpa rasa bersalah lepas selamatkan saya dengan jahitan kali kedua nurse yang sama datang ajar saya menyusu anak saya dan dia puji anak saya cerdik letak je ke puting dia tau hisap dan hina saya.
Katanya "Anak cerdik tapi mak..."
Hmmm... saya tak cam muka dia dan saya pun tak larat nak tengok muka dia sebab saya fikir nak susukan anak je.
Yang paling aneh mereka cakap, "Puan ni memang tak tahu malu kan. Jerit ikut suka. Tahanlah sakit. Buka mata, jangan tutup mata. Hipokritlah sikit. Malulah kat orang. Puan orang Islam kan? Ada minum air yassin? Air selusuh?"
Kenapa tanya soalan dan cakap macam tu. Memang etika nurse ke malukan patient? Nak cakap saya banyak dosa sebab tu sakit?
Saya hampir hampir nak jerit, “Aku autism lah, sebab tu aku macam ni.” Tapi saya halalkan je la apa mereka cakap sebab mereka tengah tension dengan orang macam saya dan cuba selamatkan anak saya sebab masa saya tak larat nak teran mereka marah sebab saya kata saya penat. Kepala anak saya dah nampak. Sekurang kurangnya saya ada jugak melawan dengan kata. Saya dah tak kisah dah korang semua nak cakap apa sebab saya memang tengah sakit dan saya minta maaf sebab saya akan jerit dan jerit.
Nurses and doctors. You have saved my baby. But, I will always remember how you downgraded me. Tapi pada saat akhir nurse yang sama juga cuba tolong saya. Lepas lutut kaki saya dipukul doktor yang tension tu, timbul pula rasa kesian dia kat saya. Amik topang dan lock kaki saya. Kan senang macam tu. Lepas tu dia ajar saya teran.
Sebelum tu mereka marah. Mereka sebut teran, tapi saya tanya macam mana. Bila nurse yang kutuk saya tengok saya blur sangat, dia ajar step by step.
"Ok puan tarik nafas sepuluh saat dan teran sepuluh saat. Ok. Eh bukan teran ditekak. Tutup mulut dan teran. Jangan bagi ada suara atau jerit. Ok. Teran. Lebih dari sepuluh saat."
Dan seorang nurse dan doktor letak lengan atas perut saya push bersama saya dan anak saya dilahirkan. Tak susah pun kan kalo dari awal mereka cuba cakap dalam nada tenang.
Jadi karangan saya ni sebenarnya nak bagitau. Kalau kita tengok orang blur, sakit sangat semacam, kalau kita cakap dengan nada tenang dan tunjuk cara, InsyaAllah banyak benda boleh settle kot. Tak kisahlah patient tu kerja cikgu ke, ada phd ke. Kalau dia dah blur sebab sakit sangat, nak buat macam mana.
Selepas saya melahirkan anak, saya ucap terima kasih kat semua doktor dan nurse. Saya dah biasa hidup macam ni. Orang akan cakap tak pernah jumpa orang macam saya. Kata saya gila, hiper macam budak-budak. Tapi hidup saya selalu memaafkan sebab bila saya maaf, Allah selalu permudahkan hidup saya, macam saya selalu dimurahkan rezeki. Tiap kali kesempitan duit, kejap je ada je bantuan dan saya dapat pula bantu orang yang bantu saya.
Selepas saya ucap terima kasih, entah nurse yang mana cakap, “nak beranak lagi ke?” Tak apalah. Apa lagi korang nak cakap? Saya terima je. Korang memang nak patient yang pandai teran dan normal. Tak mahu patient bodoh macam saya ni.
Nak viral, entahlah. Saya maafkan jela sebab anak saya pun selamat. Tapi adalah terasa hati juga. Kenapa orang cakap macam tu kat kita. Baik jadi autism macam aku. Aku kalau tengok orang blur, aku akan cuba tolong atau tenangkan. Aku tak pernah fikir orang blur sebab dia bodoh. Aku fikir orang blur sebab dia panik dan kita kena tenangkan dia.
Terima kasih nurse dan doctors Shah Alam. Terima kasih selamatkan anak saya. Jangan marah mereka sebab mereka tu just nak cepat kot.
Sumber: IIi Akmal Mohd Razif, Autisme Malaysia
0 Comments