“Backdrop Macam Simen”-Pelamin Elfira Loy Di’Bahan’ Oleh Netizen Mulut Puaka

“Backdrop Macam Simen”-Pelamin Elfira Loy Di’Bahan’ Oleh Netizen Mulut Puaka

“Backdrop Macam Simen”-Pelamin Elfira Loy Di’Bahan’ Oleh Netizen Mulut Puaka:







Pada tanggal 1 januari 2019 Elfira Loy, pelakon dan usahawan muda telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya Khairol Faris Anuar.

Elfira Loy yang mengikat tali pertunangan pada September lalu kini sah bergelar isteri kepada Faris yang merupakan pengurus besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota.
Dia juga sempat memuat naik foto terbaharu di laman instagram peribadinya dengan kapsyen “Syukur”.

Elfira yang pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 bagaimanapun memutuskan ikatan itu pada 18 Februari 2018 diatas sebab-sebab peribadi.





Akibat daripada peristiwa itu dia turut menerima kecaman hebat dari netizen selepas dia mengumumkan pertunangannya bersama jejaka pilihannya yang baharu.

Rata-rata netizen menganggap ibu elfira penyebab utama pertunangan dia dan Sufian putus disekerat jalan kerana beranggapan sufian tidak mampu menjaga Elfira dengan baik dan memang tidak dijodohkan bersama.

Ucapan tahniah tidak putus-putus buat Elfira dan pasangan dari rakan-rakan artis yang turut gembira dengan perkahwinannya dan rata-rata mendoakan kebahagian untuk Elfira dan Faris.

Dalam pada itu, ada juga dikalangan peminat-peminatnya yang meluahkan rasa gembira terhadap perkahwinannya tetapi ada yang melontarkan pendapat mereka tentang pelamin yang digunakan seperti pelamin dengan bajet yang murah dan jelek.





Ada yang mengatakan bahawa pelamin yang direka persis perkahwinan Yuna yang mana berkonsepkan dalam taman. Tetapi masih belum boleh menjuarai konsep dan perkahwinan Yuna yang serba mewah dan indah.

Susun hias pelamin juga dikatakan banyak menggunakan bunga palsu yang agak besar dan tidak sesuai digunakan pada pelaminnya. Selain itu, rata-rata netizen membidas Elfira kerana tidak mampu menggunakan bunga segar dalam hiasan pelaminnya sedangkan dia adalah seorang selebriti dan usahawan manakala suaminya merupakan pengurus besar.





Ada juga yang mengutuk pelamin Elfira dengan menyatakan bahawa pelaminnya dibuat menggunakan manila kad dan latar belakangnya seperti dinding yang disimen dan tidak siap.

Majlis pernikahan yang dilangsungkan di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya itu turut dikecam netizen kerana dilangsungkan dibawah cuaca yang panas dan pilihan busana yang tidak sesuai dilakukan di kawasan terbuka seperti itu.





Ada juga yang berpendapat bahawa Majlis pernikahan Elfira seperti mengikut budaya barat yang diadakan di gereja yang mana ramai beranggapan ia merosakkan budaya Melayu dan agama.

Bukan itu sahaja, Elfira yang mengenakan busana dari pereka terkenal Rizman Ruzaini pada hari pernikahannya juga hebat dibahaskan dan netizen beranggapan ianya tidak patuh syariah dan busana yang dikenakan juga seperti meniru budaya barat.

Bukan sekadar pelamin dan busan jadi bahan bualan, rata-rata netizen yang mengecam turut beranggapan bahawa elfira akan mengadakan majlis pernikahannya dengan penuh gilang-gemilang dan serba mewah tetapi apabila diteliti pada majlis pernikahannya ia memberikan satu tanggapan yang buruk kepada netizen dan berangapan bahawa majlis pernikahannya tidaklah seperti yang disangkakan.

Admin mengucapkan tahniah kepada Elfira dan pasangan dalam menempuhi kehidupan sebagai suami isteri dan diharapkan dengan masjid yang dibina ini bakal memberikan kebahagian yang berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Turut difahamkan bahawa elfira bakal mengadakan 5 repsepsi pada sepanjang bulan ini dan salah satu dari lokasi resepsi pasangan ini adalah di di Putrajaya Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sumber: LubokViral

Post a Comment

0 Comments