SELEPAS kecoh penyebabaran foto tidak bertudung akhirnya pelakon Emma Maembong mengaku dia merupakan individu dalam imej tersebut iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman iaitu abang Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq.
Bagaimanapun, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, menafikan dia adalah individu dalam sekeping lagi foto di celah kangkang lelaki terbabit.
“Ya betullah tu. Manusia sentiasa buat silapkan. I am sorry, tapi gambar dalam bilik itu bukan, rambut pun tak sama. Sorry again.
“InsyaAllah Emma akan cuba yang terbaik, terima kasih sebab nasihat,” tulisnya ketika membalas komen pengikut yang bertanya tentang kontroversi itu.
Emma memberi penjelasan di laman sosialnya pada Isnin.
Dunia hiburan pada Isnin dikejutkan dengan foto tidak bertudung Emma Maembong bersama seorang lelaki dipercayai abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah.
Sementara itu, Emma turut mengakui foto tidak berhijab itu merupakan foto yang dirakam baru-baru ini, namun dia masih mengekalkan penampilan bertudung.
Emma berkata, dia berani untuk mengakui perkara tersebut selepas menerima serangan netizen yang kurang berpuas hati.
“Kenalah minta maaf, orang sudah komen maki-maki sebab sakit hati dekat Emma,” ujarnya.
0 Comments