Abang kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30, mengakui lelaki yang kelihatan dalam dua keping foto yang tular adalah dirinya.
Syed ketika dihubungi bagaimanapun menafikan bahawa wanita yang duduk di celah kangkangnya bukan pelakon Emma Maembong.
“Ya, memang saya yang kelihatan dalam kedua-dua gambar itu tetapi wanita yang bersama saya di dalam bilik bukanlah Emma seperti yang didakwa,” katanya memberikan penjelasan.
Namun abang kandung Syed Saddiq itu mengakui wanita yang kelihatan menerusi gambar yang diambil dalam sebuah restoran adalah Emma.
Kebelakangan ini hubungan mesra antara Syed dan Emma mula diperkatakan sejak kedua-dua individu berkenaan memuat naik gambar mereka berdua pada laman sosial masing-masing.
0 Comments