Fenomena ganjil ini menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan. - Foto ihsan penduduk kampung
Walaupun cuaca baik dan tidak hujan, namun pokok petai berkenaan mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas Maghrib hingga Subuh.
Fenomena ganjil ini menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan.
Menurut salah seorang penduduk kampung, Khaidin Razali, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai ini bersifat jernih dan berbau buah petai.
Sejak beberapa hari ini ramai pengunjung yang datang menadah air dari dedaun petai ini bahkan kawasan kampung ini seolah-olah seperti pesta hampir setiap malam.
“Ada pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai ini untuk dibuat ubat,” katanya.
Sementara itu salah seorang pengunjung, Yusri Ibrahim, beliau mengetahui cerita mengenai pokok petai ini sejak beberapa hari lalu dari rakannya.
“Saya datang dari Kota Bharu dan sampai di sini dan apabila melihat dedaun mengeluarkan air seperti air hujan ini, saya pelik memikirkan bagaimana ianya berlaku sedangkan cuaca di sekeliling baik da tidak hujan” katanya.
Beliau mengakui sukar mempercayai fenomena ini kerana tidak pernah berlaku daun petai mengeluarkan air jernih seperti air hujan pada sebelah malam.
Namun beliau tidak pasti sama ada air dari daun petai ini mempunyai nilai perubatan atau mampu menyembuhkan penyakit kerana kejadian ganjil ini baru pertama kali disaksikannya.
Tidak tahu dimana datangnya air yang merembes keluar daripada pokok tersebut, orang ramai mengambil peluang menadah air dari daun petai itu yang didakwa mempunyai khasiat bagi menyembuhkan penyakit.
Sumber: Facebook Azizi Abdullah
0 Comments